Page 60 - PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
P. 60
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PPGB) 2015 malaysia
V. laporan status pelaksanaan program pembangunan Guru Baharu (ppGB)
Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ini adalah
rekod lawatan atau pemantauan yang dilaksanakan secara berkala oleh pegawai
Bahagian KPM, JPN dan PPD. Laporan ini digunakan sebagai rujukan untuk tindakan
susulan pihak sekolah (jika berkenaan) dan juga bagi penyediaan laporan PPGB oleh
pihak Bahagian Pendidikan Guru.
tatacara
1. Laporan ini disediakan setiap kali lawatan/pemantauan. (Lawatan/ pemantauan
dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali iaitu selepas tiga (3) bulan pertama
dan pada bulan ke-12 pelaksanaan PPGB).
2. Nama, alamat sekolah dan bilangan Guru Baharu dicatatkan.
3. Perkara yang dilaporkan adalah seperti yang berikut:
- Merujuk kepada objektif program
a. Amalan Terbaik - Maklumat diperoleh melalui semakan
b. Isu Pelaksanaan Portfolio dan perbincangan dengan
Guru Mentor, Guru Baharu, guru lain
c. Cadangan Penambahbaikan dan Pengetua/ Guru Besar
4. Nama, tandatangan dan cap rasmi pegawai lawatan/ pemantau serta Pengetua/
Guru Besar direkod secara bersama dalam laporan tersebut.
5. Satu (1) salinan laporan disimpan oleh pegawai lawatan/ pemantau dan satu
(1) salinan disimpan oleh pihak sekolah.
59

