Page 133 - malaysia_2017
P. 133

TRANSFORMASI MEMBUKTIKAN KEJAYAAN



               Tahun  2016  menyaksikan  perubahan  geopolitik  besar-besaran  dan        EKONOMI MALAYSIA
               ketidakpastian ekonomi global yang berterusan. Namun Malaysia masih terus
               dilimpahi rahmat kestabilan dan trajektori pertumbuhan yang kekal positif.
               Semua  ini  seiring  dengan  genapnya  enam  tahun  pelaksanaan  Program
               Transformasi Negara (NTP), sekali gus membuktikan bahawa keputusan penting
               yang telah kita ambil sejak tahun 2010 berjaya meletakkan kita pada laluan yang
               kukuh untuk menjulang status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun
               2020.

               Menerusi  Usaha  Mempertingkatkan  penyampaian  perkhidmatan  awam
               melalui  Program  Transformasi  Kerajaan  (GTP)  dan  usaha  memangkinkan
               pelaburan  sektor  swasta  menerusi  Program  Transformasi  Ekonomi  (ETP),
               membuktikan kerajaan terus mengotakan janji-janji yang telah dibuat semasa
               NTP diperkenalkan pada tahun 2010.


                       KELUARAN DALAM NEGARA KASAR ATAU KDNK
                 1     Malaysia terus mencapai pertumbuhan KDNK yang stabil pada kadar
                       4.2 peratus pada tahun 2016 iaitu tertinggi di ASEAN.


                       DISIPLIN fISKAL
                 2     Disiplin  fiskal  mencerminkan  keupayaan  kerajaan  untuk  mengawal
                       pengurusan  hutang  kewangan  kerajaan.  Kerajaan  telah  berjaya
                       mengurangkan  defisit  fiskal  daripada  6.7  peratus  pada  tahun  2009
                       kepada 3.1 peratus pada tahun 2016.


                       PENDAPATAN NEGARA KASAR PER KAPITA
                 3     Bank dunia GNI per kapita untuk pengiraan tahun 2016 menunjukkan
                       bahawa GNI per kapita telah meningkat kepada AS $ 10,010, berbanding
                       sasaran pendapatan tinggi yang dianggarkan AS $ 12,272 untuk tahun
                       lepas.


                 4     MALAYSIA MENCATAT LEBIhAN DAGANGAN
                       Jumlah nilai eksport Malaysia adalah lebih daripada nilai jumlah import.
                       Pada Februari 2016, lebihan perdagangan eksport berbanding import
                       adalah 7.5 bilion.


                       PENGIKTIRAfAN BADAN DAN AGENSI PENARAfAN LUAR
                 5     NEGARA
                       Pembangunan pasaran kewangan oleh Forum Ekonomi Dunia Forum
                       Daya Saing Global bagi kedudukan 2015-2016 meletakkan Malaysia di
                       tempat ke-9 dan Malaysia adalah satu-satunya pasaran baru muncul
                       di 10 teratas.


                                                            MALAYSIA 133
                                                                         2017
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138