Page 134 - malaysia_2017
P. 134

RINGKASAN EKSEKUTIF
 BANK NEGARA MALAYSIA 2016


                RINGKASAN PROGRAM
        EKONOMI MALAYSIA  ETP  merangkumi  12  Bidang  Keberhasilan  Utama  Ekonomi  (NKEA)  terus-
                TRANSFORMASI EKONOMI (ETP) 2016




              menerus  memberi  momentum  kepada  ekonomi  negara  agar  lebih  berdaya
              tahan  dan  berkembang  dalam  suasana  ekonomi  global  yang  tidak  menentu.
              Ia sekali gus membantu ekonomi Malaysia mencapai pertumbuhan KDNK yang
              kukuh. Penunjuk kejayaan ETP pada 2016:

            •   Tebing Projek MRT telah mencapai penanda kemajuan yang penting dengan
                pelancaran  fasa  pertama  Laluan  Sungai  Buloh–Kajang  pada  16  Disember
                2016, yang melalui 12 stesen.
            •   Projek-projek  seperti  HSR  dan  MRT  akan  dapat  mengukuhkan  kedudukan
                Greater KL/KV sebagai kawasan metropolitan yang dinamik dari segi ekonomi,
                sekali gus menarik bakat (talents) tempatan dan juga asing. Dari tahun 2011
                hingga 2016, Program Kepulangan Pakar (Returning Expert Programme, REP)
                oleh Talentcorp telah memudahkan kelulusan lebih 4,000 warga Malaysia yang
                mahir dari luar negara untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
            •   Projek  Sungai  Nadi  Kehidupan  (River  of  Life,  ROL),  yang  bertujuan
                mentransformasikan Sungai Klang dan Sungai Gombak yang ikonik kepada
                kegemilangan masa silamnya di samping menggalakkan lebih banyak aktiviti
                komersial dan rekreasi.
            •   Pada tahun 2016, bilangan peserta baharu telah meningkat kepada 151 bagi
                program TUKAR dan 100 bagi program ATOM.
            •   Malaysia  terus  menerima  pengiktirafan  global  pada  tahun  2016  apabila
                diangkat sebagai Destinasi Terunggul dalam anugerah berprestij World Travel
                Awards 2016 , Malaysia juga turut dinobatkan sebagai Destinasi Mesra Muslim
                Pertama dalam MasterCard-Crescent Rating Global Muslim Travel Index 2016.
































              134  MALAYSIA
                                2017
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139