Page 148 - malaysia_2017
P. 148
EKONOMI MALAYSIA PRESTASI KESELURUhAN 2016
Ekonomi Malaysia meningkat pada tahun 2016 dengan nilai KDNK pada harga
semasa terus berkembang dengan mencatatkan nilai sebanyak RM1,230.1 bilion
dan meningkat 6.3 peratus seperti yang digambarkan dalam Carta 1. Pengembangan
KDNK didorong oleh peningkatan prestasi semua komponen pendapatan diterajui
oleh Lebihan Kendalian Kasar (LKK) yang mencatatkan RM732.3 bilion sementara
Pampasan Pekerja (PP) telah mencapai nilai sebanyak RM433.7 bilion. Cukai tolak
Subsidi ke atas Pengeluaran dan Import kukuh pada RM64.2 bilion.
Pada tahun 2016, LKK mengekalkan kedudukannya sebagai komponen
pendapatan terbesar dengan sumbangan sebanyak 59.5 peratus dan mencatatkan
pertumbuhan 4.8 peratus (2015: 0.6%) yang disokong oleh sektor Perkhidmatan,
Pertanian dan Pembuatan. Sumbangan PP kepada ekonomi Malaysia berkembang
kepada 35.3 peratus dan meningkat kepada 7.7 peratus (2015: 6.2%) dimana
sebahagian besar didorong oleh Perkhidmatan dan Pembuatan. Cukai tolak Subsidi
ke atas Pengeluaran dan Import telah membentuk 5.2 peratus dari keseluruhan
pendapatan dan mencatatkan pertumbuhan dua digit 13.5 peratus (2015: 71.1%).
148 MALAYSIA
2017

