Page 149 - malaysia_2017
P. 149
PAMPASAN PEKERJA
Perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah PP dengan
sumbangan 60.7 peratus diikuti oleh Pembuatan yang berjumlah 22.8 peratus pada
tahun 2016 seperti yang digambarkan dalam Carta 2. Pembinaan berkembang EKONOMI MALAYSIA
kepada 10.1 peratus berbanding 9.9 peratus pada tahun sebelumnya. Di samping
itu, Pertanian dan Perlombongan & Pengkuarian masing-masing mencatatkan
sumbangan 4.7 peratus dan 1.7 peratus.
PP berkembang kepada 7.7 peratus sebahagian besarnya dipacu oleh
Perkhidmatan yang mengukuh kepada 7.7 peratus. Momentum Perkhidmatan
Lain (termasuk Perkhidmatan Kerajaan) yang meningkat kepada 6.5 peratus
telah menerajui Perkhidmatan. Prestasi PP bagi Pembuatan merekodkan 6.2
peratus didorong oleh Produk Elektrik, Elektronik & Optikal dengan mencatatkan
pertumbuhan 7.6 peratus.
Pembinaan terus merekodkan pertumbuhan dua digit bagi enam tahun berturut-
turut dengan mencatatkan 10.1 peratus pada tahun 2016. Pertanian pulih kepada
9.9 peratus daripada negatif 0.2 peratus pada tahun lepas disebabkan oleh
pemulihan dalam semua segmen. Di samping itu, Perlombongan & Pengkuarian
melonjak kepada 5.7 peratus berbanding 0.8 peratus pada tahun sebelumnya.
MALAYSIA 149
2017

