Page 155 - malaysia_2017
P. 155

memupuk  budaya  kerja  yang  baharu,  mengeratkan  jaringan  kerjasama  dan
              berkomunikasi dengan kemahiran interpersonal yang tinggi dalam menghadapi
              cabaran dan persaingan pada masa sekarang dan masa hadapan. Ianya adalah
              aspek  penting  untuk  memperbaiki  keberkesanan  dan  kemampanan  aktiviti
              penyampaian  perkhidmatan  awam  terutama  dari  segi  pembangunan  dan
              pelaksanaan dasar.

              Persidangan ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul
              Razak,  Perdana  Menteri  Malaysia  pada  18  Ogos  2016.  Setiausaha  Agung
              Komanwel,  TYT  Puan  Patricia  Scotland    turut  hadir  pada  persidangan  kali  ini
              dan  telah  menyampaikan  ucaptama  semasa  majlis  perasmian  tersebut.  Lebih   RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
              daripada  30  kertas  kerja  telah  dibentangkan  pada  persidangan  ini  oleh  pakar-
              pakar  antarabangsa,  ahli  akademik  dan  tokoh-tokoh  pentadbiran  awam  yang
              cemerlang dari Malaysia dan negara-negara Komanwel yang lain.

              Beberapa acara utama telah diadakan sepanjang tempoh persidangan termasuklah
              Mesyuarat  Lembaga  CAPAM,  Mesyuarat  Menteri-menteri  Perkhidmatan  Awam
              Komanwel    ke-6,  Majlis  Resepsi  Komanwel,  Majlis  perasmian  Persidangan
              Dwitahunan  CAPAM  2016,  Majlis  Penutup  dan  Majlis  Makan  Malam  Presiden
              CAPAM serta Majlis Anugerah Inovasi Antarabangsa CAPAM (IIA CAPAM 2016).

              Mesyuarat Menteri-menteri Perkhidmatan Awam Komanwel ke-6: “Tadbir
              Urus Untuk Pembangunan Lestari: Menyokong Pelaksanaan Agenda 2030”
              telah diadakan pada 17 Ogos 2016, disertai oleh menteri-menteri yang terlibat
              dengan  pengurusan  awam  dan  pegawai-pegawai  kanan  dari  negara-negara
              anggota Komanwel untuk berkongsi pengetahuan mengenai tadbir urus yang baik
              dalam penyampaian perkhidmatan awam.

              Anugerah  Inovasi  Antarabangsa CAPAM  2016  (International  Innovation
              Award - IIA CAPAM 2016) merupakan suatu pengiktirafan bertaraf antarabangsa
              kepada organisasi yang telah memberi sumbangan besar dalam menambahbaik
              tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan dalam sektor awam.  Penilaian IIA
              CAPAM 2016 peringkat akhir telah dilaksanakan dari 15 – 16 Ogos 2016.  Terdapat
              empat kategori yang dipertandingkan dalam IIA CAPAM 2016 iaitu:

              Citizen-Focused  Innovation  -  diberikan  sebagai  tanda  penghargaan  kepada
              pertubuhan  atau  organisasi  yang  melaksanakan  program,  perkhidmatan  dan
              dasar yang inovatif dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat setempat;
              Innovation in Public Service Management - merupakan satu pengiktirafan kepada
              sektor  awam  yang  melaksanakan  projek  inovasi  yang  berupaya  meningkatkan
              produktiviti dan memenuhi keperluan semasa;
              Innovation  Incubation  -  mengiktiraf  idea-idea  inovatif  yang  dirasakan  mampu
              memberikan impak yang besar apabila dilaksanakan; dan
              Innovation DNA - mengiktiraf pelaksanaan inisiatif dan penerapan amalan inovasi
              secara menyeluruh di peringkat dalaman sesebuah organisasi.

              Daripada  27  penyertaan  yang  dikemukakan  oleh  Malaysia  kepada  Sekretariat
              CAPAM, empat projek telah dipilih untuk berentap diperingkat akhir iaitu:







                                                            MALAYSIA 155
                                                                         2017
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160