Page 154 - malaysia_2017
P. 154

PENGENALAN
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN















              Jabatan  Perdana  Menteri  berperanan  sebagai  kementerian  utama  Pentadbiran
              Kerajaan  sejak  ditubuhkan  pada tahun  1957.  Tujuan  penubuhan  JPM adalah
              untuk  merancang, merumus  dan menyelaras  pelaksanaan  dasar dan matlamat
              negara  dengan lebih berkesan dan teratur di samping memastikan  kedaulatan
              dan keselamatan  negara  sentiasa  utuh  dan dalam  keadaan  terkawal.  JPM juga
              memastikan  segala  urusan  dilaksanakan  dengan  cekap,  sistematik,  mematuhi
              peraturan  dan  prosedur-prosedur  semasa  serta  menepati  ekspektasi  dan
              kehendak pelanggan dan rakyat.




            AKTIVITI DAN PENCAPAIAN


            PERSIDANGAN DwITAhUNAN COMMONwEALTh  ASSOCIATION  fOR PUBLIC
            ADMINISTRATION AND MANAGEMENT (CAPAM) 2016
            Persatuan  Komanwel  bagi  Pentadbiran  dan  Pengurusan  Awam  atau  dalam
            bahasa  Inggeris,  Commonwealth  Association  for  Public  Administration  and
            Management  (CAPAM),  ditubuhkan  pada  1994  dengan  matlamat  menyediakan
            platform  perkongsian  maklumat  dan  pengetahuan  dalam  bidang  pentadbiran
            dan  pengurusan  awam  di  kalangan  53  negara-negara  Komanwel.  Melalui
            persidangan  dwitahunannya,  ahli  CAPAM,  termasuklah  Malaysia,  boleh
            mengupas  isu-isu  berkaitan  pentadbiran  awam  dan  pengurusan,  di  samping
            mewujudkan jalinan kerjasama dan sinergi di kalangan pegawai-pegawai kanan
            dan  organisasi  pentadbiran  awam  negara-negara  peserta.  Menerusi  komitmen
            dan  sumbangan  negara  kepada  pembangunan  CAPAM,  Malaysia  telah  sekali
            lagi  diberi  kepercayaan  untuk  menjadi  tuan  rumah  Persidangan  Dwitahunan
            CAPAM 2016. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
            (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama rakan-rakan strategiknya, telah
            menjayakan persidangan ini pada tahun 1998 dan 2014.

            Tema utama Persidangan Dwitahunan CAPAM 2016 yang telah berlangsung dari
            18  hingga  20  Ogos  2016  di  Pusat  Konvensyen  Antarabangsa  Putrajaya  (PICC)
            adalah “Inovasi: Suatu Kemestian Dalam Perkhidmatan Awam”. Tema yang dipilih
            untuk Persidangan Dwitahunan CAPAM 2016 adalah serasi dan memenuhi cita
            rasa evolusi perubahan yang semakin pantas dan cepat.  Inovasi penting untuk
            melengkapkan pentadbir awam menjadi pemimpin yang inklusif dan berinovasi,





              154  MALAYSIA
                                2017
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159