Page 76 - malaysia_2017
P. 76
PROFIL NEGERI-NEGERI NEGERI SEMBILAN
http://www.ns.gov.my
Nama Negeri Sembilan mula digunakan
pada abad ke-16 untuk merujuk kepada
persekutuan negeri-negeri yang telah
dibuka oleh orang Minangkabau di
Semenanjung Tanah Melayu iaitu
Segamat yang kini menjadi sebahagian
daripada Johor; Naning yang kini
menjadi sebahagian daripada Melaka;
Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu
yang kini adalah sebahagian daripada
Negeri Sembilan; Hulu Pahang dan Jelai
yang kini menjadi sebahagian daripada
Pahang; dan Kelang yang kini menjadi
sebahagian daripada Selangor. Saiz
Negeri Sembilan sekarang lebih kecil
berbanding Negeri Sembilan yang asal.
Keluasan Negeri Sembilan ialah kira-
kira 6,657 km dan ia terletak di pantai
2
barat Semenanjung Malaysia. Ibu
negerinya ialah Seremban dan Seri
Menanti sebagai Bandar Diraja. Negeri
Sembilan mempunyai lapan kawasan
Parlimen, 36 kawasan Dewan Undangan
76 MALAYSIA
2017

