Page 72 - malaysia_2017
P. 72
PROFIL NEGERI-NEGERI TERENGGANU
http://www.terengganu.gov.my
Negeri Terengganu terletak di Pantai
Timur Semenanjung Malaysia. Ibu
negerinya ialah Kuala Terengganu
dengan
negeri
terkenal
dan
ini
kegiatan
pelbagai
ekonominya,
daripada yang berasaskan perikanan,
petroleum, sehinggalah kepada sektor
pelancongan. ‘Permata Pantai Timur’
adalah gelaran yang sememangnya
sesuai diberikan kepada negeri
ini memandangkan ia merupakan
sebuah negeri yang sangat kaya
dengan pelbagai sumber yang boleh
menambah daya penarik pelancong
untuk sampai ke negeri bertuah ini.
Jaluran pantainya yang menganjur
sejauh 225 kilometer dari utara (Besut)
ke selatan (Kemaman) menawarkan
rangkaian kepulauan indah yang
sudah terkenal di merata dunia.
Bahagian utara dan barat laut negeri
ini bersempadan dengan Kelantan,
manakala bahagian selatan dan barat
dayanya bersempadan dengan Pahang.
Terengganu Darul Iman mempunyai
keluasan kira-kira 12,974 km .
2
72 MALAYSIA
2017

