Page 11 - ELEKTRIK
P. 11

Penerangan :

  1. Apabila bekalan kuasa VLT dihidupkan, nyalaan lilin terbahagi kepada dua bahagian yang
        bertentangan arah.
  2. Bahagian yang tertarik dengan plat negatif P adalah lebih besar daripada bahagian yang

        tertarik kepada plat positif Q.
  3. Nyalaan lilin mengion molekul-molekul udara di sekitarnya menjadi ion positif dan ion negatif.

  4. Ion-ion positif tertarik ke arah plat negatif P. Pada masa yang sama, ion negatif tertarik ke plat
        positif Q.
  5. Pergerakan ion ke arah plat P dan plat Q menyebabkan nyalaan lilin terbahagi kepada dua

        bahagian yang bertentangan arah.





   Mengapa nyalaan lilin tidak simetri?


   Bahagian nyalaan yang tertarik ke arah plat negatif lebih besar kerana jisim ion positif adalah

       lebih besar daripada ion negatif.


























                                                                                                                                          11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16