Page 13 - ELEKTRIK
P. 13
7.2 Hubungan Antara Arus Elektrik dan Beza Keupayaan
Beza Keupayaan
Bateri
P Q
Keupayaan elektrik Keupayaan elektrik
tinggi V rendah
Beza Keupayaan
• Apabila bateri disambungkan kepada mentol dalam litar, suatu medan elektrik terhasil di
sepanjang wayar.
• Terminal positif P ialah pada keupayaan elektrik yang lebih tinggi dan terminal negatif Q adalah
pada keupayaan elektrik yang lebih rendah.
• Beza keupayaan antara dua terminal menyebabkan cas mengalir merentasi mentol dalam litar
dan menyalakan mentol.
• Kerja dilakukan apabila tenaga elektrik yang dibawa oleh cas dilesapkan sebagai tenaga haba
dan cahaya selepas melalui mentol.
13

