Page 13 - 3. Buku Teks RBT Tingkatan 2
P. 13

ffiffi  nfiengenat'Pasti, Masalah Bukan lnventif dan,',lnventif




         Dalam kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan  pelbagai situasi yang  memerlukan
         kita membuat  pilihan. Hasil daripada  keputusan pemilihan  memberikan satu pengalaman
         baharu dalam membina  pemikiran yang  matang.  Kadang-kadang situasi  seperti itu memaksa
         kita menyelesaikan  masalah tersebut  dengan  pantas.
             Contohnya,  sebelum memasak  kita perlu menyediakan bahan
         mentah.  Bahan  mentah  tersebut  perlu dipotong. Jika pisau yang
         digunakan  tumpul,  maka sudah  tentulah kerja-kerja memotong
         akan mengambil  masa yang lebih lama. Maka,  penyelesaiannya
         ialah pisau itu perlu diasah.














             Dalam hal ini, masalah yang dikenal  pasti ialah pisau tumpul.  Penyelesaiannya adalah
         dengan  mengasah  pisau tersebut  sehingga tajam. Kemudian, barulah kerja-kerja memotong
         dan menghiris dapat dilakukan  dengan  mudah  dan cepat.
             Kaedah  penyelesaian  masalah  bagi kes ini langsung tidak mewujudkan  kesan sampingan.
         Proses mengasah  pisau yang dilakukan  itu tidak menjejaskan  bahagian pisau atau merosakkan
         hulu pisau. Kita mungkin boleh  mengandaikan  bahawa  mata pisau tersebut  sumbing  sedikit
         atau bengkok  atau mungkin  juga  ketajamannya dapat mendatangkan  bahaya terhadap
         tangan pengguna.  Namun, andaian kesemua  kesan sampingan ini tidak berlaku.
                                         -"
                             Ai;,ili;;k                                        Proses
                                                       Masalah  dikenal
                             berfungsi  dengan                                 penambahbaikan
                                                       pasti
                             baik                                              alatan
         Masalah
          Bukan
         lnventif

                             Alatan  dapat               Tiada kesan
                             digunakan  semula           sampingan
                           '++l*.++t+.+wu;s+*,r.


             Dengan kata yang lebih mudah, masalah yang dikenal  pasti ialah mata pisau tumpul  dan
         cara penyelesaiannya  ialah pisau itu diasah.  Setelah  penyelesaian  dibuat, tidak timbul masalah
         kesan sampingan atau apa-apa masalah  baharu yang wujud  akibat daripada kerja-kerja
         penambahbaikan  itu tadi.
             Contoh masalah  di atas dikenal sebagai masalah  bukan inventif. Masalah  jenis  ini merupakan
         masalah yang tidak mempunyai  kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan  dilakukan.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18