Page 63 - 3. Buku Teks RBT Tingkatan 2
P. 63

i     Untuk membina  gajet mekanikal yang  berfungsi,  gajet lampu  basikal akan dijadikan  sebagai
        gajet contoh. Jika ada cadangan produk atau model yang lain, proses pembinaannya adalah
        sama.  Proses pembinaan  gajet meliputi beberapa peringkat,  iaitu peringkat  membuat  lakaran
        ceraian  sistem dan komponen,  menyediakan bahan komponen,  penghasilan komponen,
        pemasangan komponen,  pengujian,  dan kemasan.

        Membuat Lakaran Ceraian Sistem dan Komponen
        Proses ini memberikan  penjelasan  yang lebih terperinci  tentang komponen-komponen  yang
        akan dibina dan cara-cara  komponen  tersebut  digabungkan  sehingga menjadi suatu sistem
        lengkap yang dapat berfungsi.



           ?erurmh balen
                                            ?uutl^tp b,ma.t
                                              ?wr4orq hmgt            Dalam dunia industri
                                                                      sebenar, lakaran akan
                                              r'h'*
                                                                      diterjemahkan kepada  lukisan
                                          ffiG                        kerja sebelum dihantar
                                                                      ke bahagian  pengeluaran.

                                ?erwxlan              t

                                Vbrwlapkcn kedi{rkan   \
                                b,rW pa&, baska0      Ceirnin









          Rajah 2.2.7 Contoh  lakaran
          ceraian  kerja


         Menyediakan
         Komponen-Komponen
         Pembinaan
         Komponen-komponen
         binaan yang berkaitan
         disediakan  dengan  mengambil
         kira kesesuaian pada fungsi
         serta proses pembinaan yang                         %q
         akan dilakukan.

                                        Gambar  Foto 2.2.5 Contoh  komponen-komponen  pembinaan
                                        dalam industri
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68