Page 5 - MANUAL PENGURUSAN - 2022
P. 5
1. DARI MEJA GURU BESAR:
KATA-KATA ALUAN
PUAN HAYATI BINTI OTHMAN
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seberang Takir
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-
Nya dapat kita bersama-sama pada tahun 2022 ini dalam meneruskan perjuangan dan
khidmat bakti di SK Seberang Takir (SETAKIR) yang tercinta ini. Ucapan terima kasih
dan tahniah saya ucapkan kepada warga SETAKIR yang telah berjaya melaksanakan
tugas dengan CEMERLANG sepanjang tahun 2021.
Warga SETAKIR yang saya hormati,
Sebagai warga pendidik, kita seharusnya sedar bahawa pelajar hari ini merupakan waris
yang bakal mendukung impian dan harapan negara pada masa hadapan. Justeru itu,
besarlah peranan kita dalam memastikan amanah yang dipikul ini dapat dilaksanakan
dengan sebaik-baiknya agar harapan dan impian seperti mana yang telah termaktub dalam
Falsafah Pendidikan Negara dapat direalisaasikan. Perubahan pendekatan baharu PdPc
Abad 21 dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Transformasi Sekolah 2025
(TS25) yang perlu dilaksanakan oleh kita semua memerlukan para guru sentiasa
membudayakan amalan membaca. Arus ledakan ilmu yang amat deras daripada pelbagai
media harus kita timba agar kita tidak ketinggalan. Sebagai pendidik, kita mesti lebih ke
hadapan berbanding murid-murid. Kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke
puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Namun, pepatah Melayu selalu
mengingatkan , “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”,”Kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya”. Oleh itu kepada warga SETAKIR, marilah bersama-
sama saya, berganding bahu meneroka ilmu dan mengaplikasi pelbagai kaedah dan strategi
dalam usaha untuk mencipta kejayaan buat anak-anak bangsa yang kita sayangi.
4

