Page 6 - MANUAL PENGURUSAN - 2022
P. 6
Hendaknya segala kelemahan dan kesilapan yang lalu kita jadikan iktibar manakala
kejayaan yang telah dicipta sepanjang 2021 dijadikan sebagai perangsang dan pembakar
semangat untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang lagi pada tahun ini. Kita juga perlu
sentiasa memotivasikan anak-anak didik kita agar mempunyai semangat juang yang tinggi
dalam pelbagai bidang untuk mengisi negara maju berpendapatan tinggi yang lebih
mencabar dan berdaya saing hingga ke peringkat global. Semangat kerjasama dan
pemuafakatan antara warga SETAKIR perlulah sentiasa dibaja dan dibelai agar segala
kerja yang dilaksanakan dapat dilakukan dalam suasana penuh harmoni dan ceria. Ingat
kata pepatah Melayu, “ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, “Bukit sama didaki,
lurah sama dituruni’ dan “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’.
Sesungguhnya diakui bahawa tugas guru kini semakin mencabar sejajar dengan
peredaran zaman. Pelbagai dasar baru diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia semata-mata ingin menghasilkan ‘outcome’ yang setanding di peringkat
antarabangsa, menuntut kewibawaan dan sikap profesionalisme yang tinggi oleh para
guru. Harapan tinggi negara, masyarakat dan ibu bapa khususnya terhadap kejayaan anak-
anak dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri bukanlah satu kerja yang
senang. Namun, semua itu perlu dihadapi dan diharungi oleh para guru dengan hati yang
tabah dan ikhlas.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua
warga SETAKIR atas perkhidmatan yang telah diberikan selama ini. Diharapkan pada
tahun 2020 ini, kita semua akan lebih bersemangat dan istiqomah dalam kerjaya yang
mulia ini demi menaikkan imej pendidikan negara amnya dan SETAKIR khususnya.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih.
TS25: Kemenjadian Murid & Sekolah Berkualiti
‘SETAKIR Terbaik, Alhamdulillah’
Hayati Binti Othman
Guru Besar
5

