Page 22 - MANUAL PENGURUSAN - 2022
P. 22

10.     SEJARAH SEKOLAH:














               SK Seberang Takir telah mula dibina pada tahun 1938. Ianya terdiri dari sebuh bangsal dua tingkat
               yang  mengandungi  tiga  bilik  darjah.  Tingkat  atas  berlantaikan  kepingan  batang  pokok  kelapa

               digunakan untuk bilik darjah tahun 3, 4 dan 6 manakala bahagian bwah beralaskan pasir tanpa kerusi
               bagi menempatkan murid tahun 1, 2 dan 3. Bilangan murid ketika itu adalah seramai 40 orang di
               bawah kepimpinan Guru Besar bernama Cikgu Sulong bin Muhammad dengan dibantu oleh 5 orang

               guru. Jalan utama untuk sampai ke sekolah ialah dengan menyusuri sungai Seberang Takir kerana
               tiada jalanraya.


               Pada awal penubuhan, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Seberang Takir. Pada 1 Januari
               1958, sekolah ini dibahagi kepada dua bahagian dan dinamakan sebagai Sekolah Umum Seberang

               Takir (L) untuk murid lelaki  di bawah pimpinan Guru Besar, Cikgu Ali bin Musa dan Sekolah Umum
               Seberang Takir (P) untuk murid perempuan di bawah pimpinan Guru Besar, Cikgu  Zawiyah binti

               Abdullah.

               Pada 1 Mei 1960, sekolah ini dicantum semula dengan nama Sekolah Kebangsaan Seberang dan

               guru besar yang menerajui sekolah ini ialah Cikgu Ali bin Musa. Pada tahun 1964, nama sekolah
               diubah kepada Sekolah Kebangsaan Seberang Takir I dan II. Guru Besar bagi Sekolah Kebangsaan
               Seberang Takir I kekal di bawah pentadbiran Cikgu Ali bin Musa, manakala guru besar bagi Sekolah

               Kebangsaan  Seberang  Takir  II  ialah  Cikgu  Awang  bin  Musa.  Sembilan  tahun  kemudian,  nama
               sekolah ini dicantumkan semula dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Seberang Takir hinggalah
               ke hari ini.

               Pada tahun 1960, satu blok bangunan yang mempunyai 7 buah bilik darjah dibina bagi menampung
               pertambahan pelajar. Tidak lama kemudian, satu bangunan sekolah 2 tingkat dibina. Ia mempunyai

               6 buah bilik darjah, bilik guru besar dan pejabat sekolah.




                                                                                                               21
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27