Page 23 - MANUAL PENGURUSAN - 2022
P. 23
Semasa Cikgu Muda bin Yusof menjadi guru besar, 2 blok bangunan 3 tingkat telah dibina bagi
menampung pertambahan murid sekolah ini. Blok A menempatkan bilik guru besar, pejabat sekolah,
pusat sumber sekolah dan bilik darjah manakala blok B menempatkan bilik guru, bilik sembahyang,
bilik mesyuarat dan bilik darjah untuk murid tahun 6.
Di awal 1970an, bilangan murid bertambah ke angka 1020 kerana Kem Seberang Takir telah dibuka
untuk penempatan Askar Melayu Di Raja. Sekolah ini mula mempunyai dua sesi persekolahan. Tahun
1, 4, 5 dan 6 bersekolah pada sesi pagi manakala tahun 2 dan 3 bersekolah di sebelah petang.
Sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh yang berjaya dan berkaliber seperti Yang Berhormat Dato’
Haji Abdul Rashid bin Ngah, Dato’ Mamat @ Ghazali bin Abd. Rahman dan Dato’ Haji Abd. Rahman
bin Ali.
Pada awal tahun 1990an, pelbagai program telah dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi
pembelajaran dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Di antaranya ialah khemah ibadat, motivasi,
system rumah, projek anak angkat dan kelas intensif.
Pada tahun 1995, seramai 400 orang murid sekolah ini, terutama anak-anak tentera dan murid-murid
yang tinggal di Kampung Telaga Daing telah diarah oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
untuk bertukar ke sekolah baharu. Sekolah tersebut dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Teluk
Ketapang yang terletak di Kampung Teluk Ketapang berhadapan dengan Klinik Kesihatan Teluk
Ketapang. Seramai 14 orang guru juga turut ditukarkan ke sekolah tersebut. Oleh itu, jumlah murid di
sekolah ini ialah 1400 orang sahaja.
Pada tahun 2002, sebuah lagi sekolah kebangsaan telah dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Kompleks
Seberang Takir. Hampir 1000 orang murid sekolah ini yang tinggal sekitar sekolah tersebut telah
berpindah sekolah.
Pada tahun 2015, jumlah murid yang belajar di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir ialah 421 orang
dan 50 orang murid pra sekolah. Jumlah guru pula ialah 39 orang di bawah pimpinan Tuan Haji
Ahmad bin Ibrahim selaku guru besar, dibantu oleh 3 orang kakitangan dan 2 orang pembantu pra
sekolah. Selepas persaraan Tuan Haji Ahmad bin Ibrahim pada 1 Januari 2016, Tuan Ismail bin
Abdullah meneruskan tugas sebagai guru besar di sekolah ini sehingga 30 November 2017. Kini,
bermula 1 Disember 2017, Tuan Haji Kamal bin Abdullah pula menggalas tugas sebagai Guru Besar
SK Seberang Takir.Mulai tahun 2019 SeTakir telah dipilih oleh KPM sebagai Sekolah tranformasi
2025 ( TS25). 17 November 2019 , cikgu Hayati Binti Othman mula mengambil tempat sebagai Guru
Beras SeTakir yang baru sehingga kini.
22

