Page 5 - MANUAL PENGURUSAN - 2022
P. 5

1.      DARI MEJA GURU BESAR:


                                                           KATA-KATA ALUAN










                                                     PUAN HAYATI BINTI OTHMAN
                                                               Guru Besar
                                                   Sekolah Kebangsaan Seberang Takir








                       Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya
                       dapat kita bersama-sama pada tahun 2022 ini dalam meneruskan perjuangan dan khidmat
                       bakti di SK Seberang Takir (SETAKIR) yang tercinta ini. Ucapan terima kasih dan tahniah
                       saya  ucapkan  kepada  warga  SETAKIR  yang  telah  berjaya  melaksanakan  tugas  dengan
                       CEMERLANG sepanjang tahun 2021.

                       Warga SETAKIR yang saya hormati,
                       Sebagai warga pendidik, kita seharusnya sedar bahawa pelajar hari ini merupakan waris
                       yang bakal mendukung impian dan harapan negara pada masa hadapan. Justeru itu, besarlah
                       peranan kita dalam memastikan amanah yang dipikul ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-
                       baiknya  agar  harapan  dan  impian  seperti  mana  yang  telah  termaktub  dalam  Falsafah
                       Pendidikan Negara dapat direalisaasikan. Perubahan pendekatan baharu PdPc Abad 21
                       dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang
                       perlu dilaksanakan oleh kita semua memerlukan para guru sentiasa membudayakan amalan
                       membaca. Arus ledakan ilmu yang amat deras daripada pelbagai media harus kita timba agar
                       kita tidak ketinggalan. Sebagai pendidik, kita mesti lebih ke hadapan berbanding murid-
                       murid. Kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang
                       perlu ditempuhi. Namun, pepatah Melayu selalu mengingatkan , “Di mana ada kemahuan,
                       di  situ  ada  jalan”,”Kalau  tidak  dipecahkan  ruyung,  manakan  dapat  sagunya”.  Oleh  itu
                       kepada warga SETAKIR, marilah bersama-sama saya, berganding bahu meneroka ilmu dan
                       mengaplikasi pelbagai kaedah dan strategi dalam usaha untuk mencipta kejayaan buat anak-
                       anak bangsa yang kita sayangi.



                                                                                                                4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10