Page 6 - MANUAL PENGURUSAN - 2022
P. 6

Hendaknya segala kelemahan dan kesilapan yang lalu kita jadikan iktibar manakala
                       kejayaan yang telah dicipta  sepanjang 2021 dijadikan sebagai perangsang dan pembakar
                       semangat untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang lagi pada tahun ini. Kita juga perlu
                       sentiasa memotivasikan anak-anak didik kita agar mempunyai semangat juang yang tinggi
                       dalam pelbagai bidang untuk mengisi negara maju berpendapatan tinggi yang lebih mencabar
                       dan berdaya saing hingga ke peringkat global. Semangat kerjasama dan pemuafakatan antara
                       warga SETAKIR perlulah sentiasa dibaja dan dibelai agar segala kerja yang dilaksanakan
                       dapat dilakukan dalam suasana penuh harmoni dan ceria. Ingat kata pepatah Melayu, “
                       Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, “Bukit sama didaki, lurah sama dituruni’ dan
                       “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’.
                              Sesungguhnya  diakui  bahawa  tugas  guru  kini  semakin  mencabar  sejajar  dengan
                       peredaran zaman. Pelbagai dasar baru diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
                       semata-mata  ingin  menghasilkan  ‘outcome’  yang  setanding  di  peringkat  antarabangsa,
                       menuntut kewibawaan dan sikap profesionalisme yang tinggi oleh para guru. Harapan tinggi
                       negara, masyarakat dan ibu bapa khususnya terhadap kejayaan anak-anak dalam bidang
                       akademik, kokurikulum dan sahsiah diri bukanlah satu kerja yang senang. Namun, semua
                       itu perlu dihadapi dan diharungi oleh para guru dengan hati yang tabah dan ikhlas.
                              Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua
                       warga SETAKIR atas perkhidmatan yang telah diberikan selama ini. Diharapkan pada
                       tahun 2020 ini, kita semua akan lebih bersemangat dan istiqomah dalam kerjaya yang mulia
                       ini demi menaikkan imej pendidikan negara amnya dan SETAKIR khususnya.

                       Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
                       Terima kasih.

                       TS25: Kemenjadian Murid & Sekolah Berkualiti
                       ‘SETAKIR Terbaik, Alhamdulillah’


                       Hayati Binti Othman
                       Guru Besar





















                                                                                                                5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11