Page 102 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 102
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 46—(samb.)
Fasal (2)
Dipinda oleh Akta A1260, perenggan 2(b), berkuat kuasa dari 19-01-2006, untuk menambahkan
keanggotaan Dewan rakyat daripada dua ratus enam kepada dua ratus sembilan, iaitu khususnya
menambahkan keanggotaan ahli dari Negeri Sarawak daripada dua puluh lapan kepada tiga
puluh satu.
per. 48
lihat Per. 47
Fasal (1)
a. Akta 10/1960, seksyen 7, berkuat kuasa dari 31-05-1960, memasukkan perkataan “atau
ke Dewan Undangan sesuatu Negeri” dalam perenggan (d) dan menggantikan perkataan
“dua tahun” dalam perenggan (e) dengan “satu tahun atau denda tidak kurang daripada
dua ribu ringgit”.
b. Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963, memasukkan perkataan
“(atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam sesuatu
Negeri Borneo atau di Singapura)” dalam perenggan (e).
c. Akta A514, perenggan 19(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976, menggantikan perkataan
“sesuatu Negeri Borneo” dalam perenggan (e) dengan “Negeri Sabah atau Sarawak”.
d. Akta A354, seksyen 15, berkuat kuasa dari 27-08-1976, menggantikan perkataan “satu
negara asing” dalam perenggan (f) dengan “mana-mana negara di luar Persekutuan”.

