Page 107 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 107

[Perkara  50]       Perlembagaan  Persekutuan                    62

                (3)  (Dimansuhkan).

                (4)  Seseorang tidak boleh dinamakan dengan sah untuk dipilih
              sebagai  ahli  ke  mana-mana  satu  Majlis  Parlimen  atau  dilantik
              dengan sah ke  Dewan Negara tanpa  persetujuannya.


              pelepasan  keahlian  oleh  ahli-ahli


              51.  Seseorang  ahli  mana-mana  satu  Majlis  Parlimen  boleh
              melepaskan keahliannya melalui surat yang ditandatangani sendiri
              olehnya  yang  ditujukan,  jika  dia  seorang  ahli  Dewan  Negara,
              kepada Yang di-Pertua Dewan Negara, dan jika dia seorang ahli
              Dewan  rakyat,  kepada Yang  di-Pertua  Dewan rakyat.



              ketidakhadiran  ahli

              52.  (1)  jika  seseorang  ahli  mana-mana  satu  Majlis  Parlimen
              tidak hadir pada tiap-tiap sidang Majlis Parlimen selama tempoh
              enam  bulan  tanpa  kebenaran  Majlis  Parlimen  itu,  maka  Majlis
              Parlimen itu boleh mengisytiharkan  bahawa kerusinya  kosong.

                (2)  Seseorang  ahli  mana-mana  satu  Majlis  Parlimen  yang
              telah diberi kebenaran bercuti daripada menghadiri sidang Majlis
              Parlimen yang dia menjadi ahlinya tidaklah boleh, selama tempoh
              kebenaran  bercuti  itu,  dengan  apa-apa  cara  menyertai  hal  ehwal
              dan  urusan Majlis Parlimen  itu.



              keputusan tentang kehilangan  kelayakan

              53.  (1)  jika  berbangkit  apa-apa  soal  sama  ada  seseorang  ahli
              suatu Majlis Parlimen telah hilang kelayakan untuk menjadi ahli,
              maka  Majlis  itu  hendaklah  mengambil  keputusan  mengenainya
              dan  keputusan itu  adalah muktamad:

                Dengan  syarat  bahawa  Perkara  ini  tidak  boleh  dikira  sebagai
              menghalang  amalan  Majlis  Parlimen  menangguhkan  sesuatu
              keputusan  bagi  membolehkan  diambil  atau  ditentukan  apa-apa
              prosiding  yang  mungkin  menyentuh  keputusannya  (termasuklah
              prosiding bagi  membatalkan kehilangan  kelayakan itu).
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112