Page 121 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 121

[Perkara  61]       Perlembagaan  Persekutuan                    69

                (3)  Perkara  ini  tidak  membenarkan  mana-mana  orang  yang
              bukan  ahli  sesuatu  Majlis  Parlimen  mengundi  di  dalam  Majlis
              Parlimen itu atau  dalam  mana-mana  jawatankuasanya.

                (4)  Dalam Perkara ini “anggota jemaah Menteri” termasuklah
              Timbalan Menteri  dan Setiausaha Parlimen.



              tatacara parlimen

              62.  (1)  Tertakluk  kepada  peruntukan  Perlembagaan  ini  dan
              peruntukan  undang-undang  persekutuan,  setiap  Majlis  Parlimen
              hendaklah  mengawal  selia tatacaranya sendiri.

                (2)  Setiap Majlis Parlimen boleh bertindak walaupun ada apa-
              apa kekosongan dalam keahliannya, dan kehadiran atau penyertaan
              mana-mana orang yang tidak berhak hadir atau turut serta tidaklah
              menidaksahkan  mana-mana prosiding.

                (3)  Tertakluk kepada Fasal (4) dan kepada Fasal (1) Perkara 89
              dan Fasal (3) Perkara 159 dan kepada seksyen 10 dan 11 jadual
              Ketiga Belas, setiap Majlis Parlimen hendaklah, jika tidak sebulat
              suara,  membuat  keputusannya  mengikut  majoriti  biasa  ahli-ahli
              yang mengundi; dan orang yang mempengerusikan itu, melainkan
              jika  dia  menjadi  ahli  Majlis  Parlimen  itu  semata-mata  menurut
              kuasa perenggan (b) Fasal (1a) Perkara 57, hendaklah membuang
              undinya apabila perlu bagi mengelakkan undi sama banyak, tetapi
              tidak boleh  mengundi dalam  apa-apa hal  lain.

                (4)  Pada  mengawal  selia  tatacaranya,  setiap  Majlis  Parlimen
              boleh  memperuntukkan  bahawa  tiada  apa-apa  keputusan  yang
              berkenaan  dengan  prosidingnya  boleh  dibuat  kecuali  mengikut
              majoriti  yang  ditentukan  atau  mengikut  bilangan  undi  yang
              ditentukan.

                (5)  Ahli-ahli yang tidak hadir di dalam sesuatu Majlis Parlimen
              tidaklah dibenarkan mengundi.



              keistimewaan  parlimen

              63.  (1)  Kesahan  apa-apa  prosiding  di  dalam  mana-mana  satu
              Majlis  Parlimen  atau  dalam  mana-mana  jawatankuasanya  tidak
              boleh dipersoalkan di  dalam  mana-mana  mahkamah.
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126