Page 125 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 125
[Perkara 65] Perlembagaan Persekutuan 71
persaraan paksa bagi anggota perkhidmatan awam am melainkan
jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau ditukarkan
kepada suatu jawatan lain dalam perkhidmatan awam am itu.
(3) Orang yang memegang jawatan Setiausaha Dewan Negara
dan Setiausaha Dewan rakyat sebaik sebelum permulaan kuat
kuasa Fasal ini hendaklah, melainkan jika mana-mana orang itu
belum mencapai umur lima puluh lima tahun dan sudah memilih
untuk menjadi anggota perkhidmatan awam am Persekutuan,
terus memegang jawatan masing-masing atas terma-terma dan
syarat-syarat yang tidak kurang baiknya daripada yang terpakai
baginya sebaik sebelum permulaan kuat kuasa sedemikian dan
tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan
mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah
Persekutuan, dan dalam hal ini representasi yang disebut dalam
Fasal (3) Perkara 125 hendaklah representasi yang dibuat oleh
Yang di-Pertua Dewan Negara atau, mengikut mana-mana yang
berkenaan, Yang di-Pertua Dewan rakyat.
(4) (Dimansuhkan).
(5) (Dimansuhkan).
Bab 5—Tatacara perundangan
penjalanan kuasa perundangan
66. (1) Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang hendaklah
dijalankan melalui rang Undang-Undang yang diluluskan oleh
kedua-dua Majlis Parlimen (atau, dalam hal yang disebut dalam
Perkara 68, oleh Dewan rakyat) dan, kecuali sebagaimana yang
diperuntukkan selainnya dalam Perkara ini, diperkenankan oleh
Yang di-Pertuan Agong.
(2) Tertakluk kepada Perkara 67, sesuatu rang Undang-Undang
boleh bermula di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen.
(3) Apabila sesuatu rang Undang-Undang telah diluluskan
oleh Majlis Parlimen tempat rang Undang-Undang itu bermula,
maka rang Undang-Undang itu hendaklah dihantar kepada Majlis
Parlimen yang satu lagi; dan rang Undang-Undang itu hendaklah
dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan
olehnya apabila telah diluluskan oleh Majlis Parlimen yang satu

