Page 128 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 128
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 66—(samb.)
Fasal (4)
a. Perkataan “dan selepas memperkenankan sesuatu rang Undang-Undang, Yang di-Pertuan
Agong hendaklah menyebabkan rang Undang-Undang itu disiarkan sebagai undang-
undang” dipotong oleh Akta A566, perenggan 12(a), berkuat kuasa dari 16-12-1983.
b. Fasal ini digantikan oleh Akta A584, perenggan 2(b), berkuat kuasa dari 20-01-1984.
Fasal yang asal berbunyi seperti yang berikut:
“(4) Yang di-Pertuan Agong hendaklah menyatakan perkenannya terhadap sesuatu
rang Undang-Undang dengan menyebabkan rang Undang-Undang itu dicapkan
dengan Mohor Besar, dan selepas memperkenankan rang Undang-Undang itu, Yang
di-Pertuan Agong hendaklah menyebabkan rang Undang-Undang itu disiarkan sebagai
undang-undang.”.
c. Kemudiannya Akta A885, perenggan 8(a), berkuat kuasa dari 24-06-1994, menggantikan
Fasal (4). Fasal dahulu berbunyi seperti yang berikut:
“(4) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam tempoh tiga puluh hari selepas sesuatu
rang Undang-Undang dipersembahkan kepadanya—
(a) memperkenankan rang Undang-Undang itu dengan menyebabkan rang
Undang-Undang itu dicapkan dengan Mohor Besar; atau
(b) jika rang Undang-Undang itu bukan rang Undang-Undang wang, mengembalikan
rang Undang-Undang itu kepada Majlis Parlimen di mana rang Undang-Undang
itu bermula bersama-sama dengan suatu penyata mengenai sebab-sebab bantahannya
terhadap rang Undang-Undang itu, atau terhadap mana-mana peruntukannya.”.
Fasal (4a)
a. Ditambahkan oleh Akta A584, perenggan 2(b), berkuat kuasa dari 20-01-1984.
b. Fasal ini digantikan oleh Akta A885, perenggan 8(a), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
Fasal dahulu berbunyi seperti yang berikut:
“(4a) jika Yang di-Pertuan Agong mengembalikan sesuatu rang Undang-Undang
kepada Majlis Parlimen di mana rang Undang-Undang itu bermula mengikut
Fasal (4)(b), Majlis Parlimen itu hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin terus
menimbangkan semula rang Undang-Undang itu. jika selepas ditimbangkan semula, rang
Undang-Undang itu diluluskan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga jumlah
ahli Majlis Parlimen itu dalam hal suatu rang Undang-Undang bagi membuat apa-apa
pindaan kepada Perlembagaan selain pindaan yang dikecualikan menurut Perkara 159,
dan mengikut majoriti biasa dalam hal mana-mana rang Undang-Undang lain, dengan
atau tanpa pindaan, rang Undang-Undang itu hendaklah dihantar bersama-sama dengan
bantahan-bantahan itu kepada Majlis Parlimen yang satu lagi itu, yang hendaklah juga
menimbangkan semula rang Undang-Undang itu, dan jika diluluskan dengan cara yang
sama oleh ahli-ahli Majlis Parlimen itu, maka rang Undang-Undang itu hendaklah sekali
lagi dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan Yang
di-Pertuan Agong hendaklah memperkenankan rang Undang-Undang itu dalam tempoh
tiga puluh hari selepas rang Undang-Undang itu dipersembahkan kepadanya.”.
Fasal (4b)
a. Ditambahkan oleh Akta A584, perenggan 2(b), berkuat kuasa dari 20-01-1984.
b. Fasal ini dimansuhkan oleh Akta A885, perenggan 8(b), berkuat kuasa dari 24-06-1994
dan berbunyi seperti yang berikut:
“(4b) jika sesuatu rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan
Agong dalam tempoh yang dinyatakan dalam Fasal (4)(a) atau (4a), maka rang Undang-
Undang itu hendaklah menjadi undang-undang selepas habisnya tempoh yang dinyatakan
dalam Fasal (4)(a) atau (4a), mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut cara yang
sama seolah-olah Baginda telah memperkenankannya.”.
Fasal (5)
a. Fasal asal digantikan oleh Akta A566, perenggan 12(b) berkuat kuasa dari 16-12-1983
dan berbunyi seperti yang berikut:
“(5) Sesuatu rang Undang-Undang hendaklah menjadi undang-undang apabila ia
diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong tetapi tiada satu pun undang-undang boleh
berkuat kuasa sehingga ia telah disiarkan, tetapi bagaimanapun tidaklah menjejaskan
kuasa Parlimen untuk menangguhkan kuat kuasa mana-mana undang-undang atau untuk
membuat undang-undang dengan kuat kuasa ke belakang.”.

