Page 463 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 463
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
Jadual ketiga belas
1. jadual ini ditambahkan oleh Akta 14/1962, seksyen 31, berkuat kuasa dari 21-06-1962.
Seksyen 1
Perkataan “yang digunakan untuk pilihan raya yang pertama kepada Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, menurut peruntukan
Perkara 171” digantikan dengan “yang mula-mula digunakan bagi pilihan raya ke
Dewan rakyat atau Dewan Undangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, menurut
Perlembagaan ini atau Akta Malaysia” oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa
dari 16-09-1963.
Seksyen 2
Perkataan “Persekutuan dan Negeri-Negeri” digantikan dengan “mana-mana unit kajian
semula” oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
Perenggan 2(a)
Perkataan “dan patutlah juga diberikan kepada kesulitan bahagian pilihan raya Negeri
merentasi sempadan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan” ditambahkan oleh Akta
26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
Perenggan 2(c)
1. Perkataan “seluruh unit ulang kaji” dimasukkan selepas “lebih kurang sama banyaknya”
oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
2. Perkataan “bilangan pemilih-pemilih dalam tiap-tiap satu bahagian pilihan raya patutlah
lebih kurang sama banyaknya di seluruh unit ulang kaji” digantikan dengan “bilangan
pemilih-pemilih dalam tiap-tiap satu bahagian pilihan raya dalam sesuatu Negeri patutlah
lebih kurang sama banyaknya” oleh Akta A206, subseksyen 15(1), berkuat kuasa dari
23-08-1973.
Perenggan 2(d)
Perkataan “dan kepada pemeliharaan hubungan tempatan” menggantikan “dan bagi
mana-mana hubungan tempatan yang boleh diputuskan oleh perubahan itu” oleh
Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963.

