Page 314 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 314
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 154
lihat Akta ibu Kota Persekutuan 1960 [akta 190].
Fasal (3)
Dimansuhkan oleh Akta 10/1960, seksyen 31, berkuat kuasa dari 08-08-1960, yang juga
memotong perkataan “tetapi tertakluk kepada Fasal (3)” selepas perkataan “Bahagian Vi”
dalam Fasal (2). Fasal (3) yang asal berbunyi seperti yang berikut:
“(3) Berhubung dengan perbandaran Kuala Lumpur, Fasal (2) tidaklah terpakai sehingga
suatu tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan raja Negeri
Selangor menurut perkiraan yang dibuat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri itu bagi penubuhan ibu kota Negeri di suatu tempat lain; dan sehingga tarikh itu
ditetapkan, Senarai Persekutuan hendaklah terpakai seolah-olah butiran (c) seksyen 6, dan
perkataan “kadar di ibu kota persekutuan” dalam butiran (h) seksyen 7 ditinggalkan.”.
per. 155
Fasal (2):
Fasal yang ada sekarang digantikan oleh Akta 14/1962, seksyen 32, berkuat kuasa dari
01-10-1962, dan menggantikan Fasal yang asal yang berbunyi seperti yang berikut:
“(2) Dalam Perkara ini “bahagian Komanwel” ertinya mana-mana negara Komanwel, mana-
mana tanah jajahan, tanah protektorat atau negara naungan dan mana-mana wilayah lain
yang ditadbirkan oleh Kerajaan mana-mana negara Komanwel; dan berhubung dengan United
Kingdom dan mana-mana bahagian Komanwel yang lain (yang bukan negara Komanwel
atau wilayah yang ditadbirkan oleh Kerajaan sesuatu negara Komanwel selain United
Kingdom) sebutan mengenai warganegara bahagian Komanwel itu hendaklah ditafsirkan
sebagai sebutan mengenai warganegara United Kingdom dan Tanah-Tanah jajahan.”.

