Page 316 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 316

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  158

                      1.  Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963, menggantikan perkataan “mana-
                      mana wilayah yang Perkara ini terpakai baginya” yang terdapat di hujung perenggan (a), (b)
                      dan  (c)  Fasal  (1)  dengan  “Brunei”  dan  memansuhkan  Fasal  (2)  yang  berbunyi  seperti  yang
                      berikut:
                         “(2)  Perkara  ini terpakai  bagi Singapura, Sarawak, Brunei dan  Borneo  Utara.”.

                       2.  Perkara  ini  dipotong  oleh  Akta  A704,  seksyen  11,  berkuat  kuasa  dari  10-06-1988  dan
                       berbunyi  seperti  yang berikut:
                       “158.  (1)  Tiada apa-apa jua dalam Perlembagaan ini boleh dikira sebagai melarang daripada
                       dibuat  atau  diteruskan perkiraan yang menurutnya—
                           (a)  jabatan-jabatan, pihak-pihak berkuasa atau perkhidmatan-perkhidmatan  disenggarakan
                              oleh  Kerajaan  Persekutuan bersama-sama dengan  Kerajaan Brunei;  atau
                           (b)  Kerajaan Persekutuan atau mana-mana pegawainya atau pihak berkuasanya bertindak
                              sebagai  ejen bagi Kerajaan Brunei; atau
                           (c)  apa-apa bahagian kuasa eksekutif Persekutuan dijalankan, dengan persetujuan Kerajaan
                              Persekutuan,  oleh mana-mana  pegawai atau pihak berkuasa Kerajaan Brunei.
                         (2)  (Dimansuhkan).”.

                    per.  159
                       lihat Per.  159a.
                       Fasal  (1)
                         a.  Perkataan “dan kepada Perkara 161e dan 161h” dimasukkan selepas “Perkara ini” oleh
                           Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat  kuasa dari 16-09-1963.
                         b.  Akta  59/1966,  seksyen  2,  berkuat  kuasa  dari  09-08-1965,  menggantikan  “dan  kepada
                           Perkara  161e dan  161h” dengan perkataan  “dan kepada Perkara  161e”.
                       Fasal  (2)
                       Fasal  ini  dimansuhkan  oleh  Akta  25/1963,  seksyen  8,  berkuat  kuasa  dari  29-08-1963  dan
                       berbunyi  seperti  yang berikut:
                          “(2)  Tiada  pindaan  kepada  Perlembagaan  ini  boleh  dibuat  sebelum  Parlimen  ditubuhkan
                        mengikut Bahagian iV, kecuali apa-apa yang difikirkan perlu oleh Majlis Perundangan untuk
                        menghapuskan  apa-apa  kesulitan  dalam  masa  peralihan  daripada  perkiraan  perlembagaan
                        yang  berkuat  kuasa  sebaik  sebelum  Hari  Merdeka  dengan  apa  yang  diperuntukkan  oleh
                        Perlembagaan ini; tetapi apa-apa undang-undang yang dibuat menurut Fasal ini hendaklah,
                        melainkan  jika  dimansuhkan  terlebih  dahulu,  terhenti  berkuat  kuasa  apabila  habis  tempoh
                        dua  belas bulan yang  bermula  pada hari Parlimen pertama kali bersidang.”.
                       Fasal  (3)
                         a.  lihat Per.  62(3), 68(5)  & 161e(1).
                         b.  Perkataan  “dan  sesuatu  rang  Undang-Undang  bagi  membuat  apa-apa  pindaan  kepada
                           sesuatu  undang-undang  yang  diluluskan  di  bawah  Fasal  (4)  Perkara  10”  dimasukkan
                           oleh Akta A30, subseksyen 7(1), berkuat kuasa dari  10-03-1971.
   311   312   313   314   315   316   317   318   319   320   321