Page 338 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 338

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  161b
                       1.  Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 63, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
                       2.  Dalam  nota  bahu,  perkataan  “Negeri-Negeri  Borneo”  digantikan  dengan  “Negeri  Sabah
                       dan  Sarawak” oleh Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat  kuasa dari 27-08-1976.

                       Fasal  (1)
                       Perkataan  “Negeri-Negeri  Borneo”  digantikan  dengan  “Negeri  Sabah  dan  Sarawak”  oleh
                       Akta A354, seksyen 43, berkuat  kuasa  dari 27-08-1976.
                       Fasal  (2)
                         a.  Perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah atau Sarawak” oleh
                           Akta A514, perenggan  19(1)(b),  berkuat kuasa dari 27-08-1976.
                         b.  Perkataan “Negeri-Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah dan Sarawak” oleh
                           Akta 354, seksyen 43, berkuat  kuasa dari 27-08-1976.
                         c.  Subseksyen 18(2) Akta A566, berkuat kuasa dari 01-01-1985, memperuntukkan bahawa
                           sebutan mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
                           Mahkamah Agung.
                         d.  Perkataan “Mahkamah Agung” dan “Borneo” masing-masing digantikan dengan perkataan
                           “Mahkamah  Persekutuan  atau  Mahkamah  rayuan”  dan  “Sabah  dan  Sarawak”  oleh
                           Akta A885, seksyen 40, berkuat  kuasa dari 24-06-1994.
                    per.  161c
                       1.  Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 64, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
                       2.  Perkara ini telah dimansuhkan oleh Akta A354, seksyen 46, berkuat kuasa 27-08-1976 dan
                       berbunyi  seperti  yang berikut:
                         “161c.  (1)  Tiada  Akta  Parlimen  yang  membuat  peruntukan  berkenaan  dengan  sesuatu
                         Negeri  Borneo  mengenai  bantuan  kewangan  khas  bagi  penubuhan  atau  penyenggaraan
                         institusi-institusi  islam  atau  pengajaran  agama  islam  bagi  orang  yang  menganuti  agama
                         itu boleh diluluskan tanpa  persetujuan gabenor.

                            (2)  jika  di  bawah  mana-mana  peruntukan  undang-undang  persekutuan  yang  tidak
                         berkuat  kuasa  berkenaan  dengan  Sabah,  atau  tidak  berkuat  kuasa  berkenaan  dengan
                         Sarawak, apa-apa bantuan seperti yang disebut terdahulu diberikan dengan cara pemberian
                         daripada wang awam dalam mana-mana tahun, maka hendaklah dibayar oleh Persekutuan
                         kepada  Kerajaan  Sabah  atau  Sarawak,  mengikut  mana-mana  yang  berkenaan,  dan
                         digunakan  bagi  maksud  kebajikan  masyarakat  di  dalam  Negeri  itu,  amaun-amaun  yang
                         apabila  dibandingkan  dengan  hasil  yang  diperoleh  oleh  Persekutuan  daripada  Negeri
                         itu  dalam  tahun  itu  sama  kadarnya  dengan  pemberian  itu  apabila  dibandingkan  dengan
                         hasil  yang  diperoleh  oleh  Persekutuan  daripada  Negeri-Negeri  lain  dalam  tahun  itu.

                            (3)  Bagi  maksud  Fasal  (2)  hasil  yang  diperoleh  oleh  Persekutuan  daripada  mana-
                         mana  Negeri  atau  Negeri-Negeri  ialah  amaun  selepas  ditolak  apa-apa  jumlah  wang
                         yang  diuntukkan  kepada  Negeri-Negeri  di  bawah  Perkara  110  atau  jadual  Kesepuluh;
                         dan  hendaklah  diketepikan  apa-apa  sumbangan  yang  diterima  oleh  Persekutuan  daripada
                         hasil  penjualan  loteri  yang  dijalankan  oleh  Lembaga  Loteri  Kebajikan  Masyarakat
                         beserta  dengan  apa-apa  amaun  yang  digunakan  bagi  bantuan  sedemikian  seperti  yang
                         disebut  terdahulu  daripada  atau  berhubungan  dengan  sumbangan-sumbangan  itu.”.

                    per.  161d
                       1.  Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 65, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
   333   334   335   336   337   338   339   340   341   342   343