Page 343 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 343

[Perkara  162]      Perlembagaan  Persekutuan                   181

              dalam Perkara 75 boleh menidaksahkan pindaan atau pemansuhan
              itu semata-mata oleh sebab undang-undang yang sedia ada itu, yang
              berhubungan dengan sesuatu perkara yang berkenaan dengannya
              Parlimen dan juga Badan Perundangan sesuatu Negeri mempunyai
              kuasa  untuk  membuat  undang-undang,  ialah  undang-undang
              persekutuan  sebagaimana  yang ditakrifkan  oleh  Perkara  160.

                (3)  Sebutan dalam mana-mana undang-undang yang sedia ada
              mengenai Persekutuan yang ditubuhkan oleh Perjanjian Persekutuan
              Tanah Melayu 1948, dan wilayah-wilayahnya, dan mengenai mana-
              mana pegawai yang memegang jawatan di bawah Persekutuan itu atau
              mengenai mana-mana pihak berkuasa atau badan yang ditubuhkan
              di dalam atau bagi Persekutuan itu (termasuklah apa-apa sebutan
              yang kena ditafsirkan sebagai sebutan sedemikian menurut kuasa
              Fasal  135  Perjanjian  tersebut)  hendaklah  ditafsirkan,  berhubung
              dengan  bila-bila  masa  pada  atau  selepas  Hari  Merdeka,  sebagai
              sebutan mengenai Persekutuan (iaitu, Persekutuan yang ditubuhkan
              di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957) dan wilayah-
              wilayahnya dan mengenai masing-masing pegawai, pihak berkuasa
              atau  badan  yang  bersamaan;  dan  Yang  di-Pertuan  Agong  boleh
              melalui  perintah  mengisytiharkan  pegawai,  pihak  berkuasa  atau
              badan  yang  manakah  yang  hendak  dikira  bagi  maksud  Fasal  ini
              sebagai  bersamaan  dengan  mana-mana  pegawai,  pihak  berkuasa
              atau badan yang disebut dalam mana-mana undang-undang yang
              sedia ada.

                (4)  (Dimansuhkan).

                (5)  Apa-apa  perintah  yang  dibuat  di  bawah  Fasal  (4)  boleh
              dipinda atau dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai
              kuasa  untuk  membuat  undang-undang  mengenai  perkara  yang
              dimaksudkan  oleh perintah itu.


                (6)  Mana-mana  mahkamah  atau  tribunal  yang  memakai
              peruntukan mana-mana undang-undang yang sedia ada yang belum
              diubahsuaikan pada atau selepas Hari Merdeka di bawah Perkara ini
              atau selainnya boleh memakainya dengan apa-apa ubah suaian yang
              perlu untuk menyelaraskannya dengan peruntukan Perlembagaan ini.

                (7)  Dalam  Perkara  ini  “ubah  suaian”  termasuklah  pindaan,
              penyesuaian dan pemansuhan.
   338   339   340   341   342   343   344   345   346   347   348