Page 448 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 448
232 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
kesebelas]
Jadual kesebelas
[Perkara 160(1)]
Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948
(Ordinan Malayan Union No. 7 tahun 1948), yang
Terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.
Seksyen Hal Perkara
2(56) erti “bulan”—
“bulan” ertinya bulan kalendar mengikut kalendar gregory.
2(61) erti “orang” dan “pihak”—
“orang” dan “pihak” termasuklah mana-mana kumpulan
orang yang diperbadankan atau tidak diperbadankan.
2(88) Takrif “perundangan subsidiari”—
“perundangan subsidiari” ertinya apa-apa Perintah dalam
Majlis Mesyuarat, proklamasi, kaedah, peraturan, perintah,
pemberitahuan, undang-undang kecil atau surat cara lain yang
dibuat di bawah mana-mana Ordinan, Enakmen atau kuasa
sah yang lain dan mempunyai kuat kuasa perundangan.
2(94) Pentafsiran jantina lelaki—
perkataan yang membawa maksud jantina lelaki
termasuklah perempuan.
2(95) Pentafsiran bilangan tunggal atau jamak—
perkataan dalam bilangan tunggal termasuklah bilangan
jamak, dan perkataan dalam bilangan jamak termasuklah
bilangan tunggal.
2(96) erti “tulisan”—
“tulisan” dan ungkapan yang dikaitkan dengan tulisan
termasuklah cetakan, litografi, tulisan taip, fotografi, dan
cara lain untuk menyatakan atau menurunkan perkataan
atau angka dalam bentuk boleh lihat.
2(98) erti “tahun”—
“tahun” ertinya suatu tahun yang dihitung mengikut
kalendar gregory.

