Page 452 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 452

235                 Perlembagaan Persekutuan              [jaDual
                                                                              kesebelas]


                       Seksyen                        Hal Perkara
                                       Dengan  syarat  bahawa  jika  kuasa  orang  atau  pihak
                                     berkuasa  itu  untuk  membuat  pelantikan  itu  hanya  boleh
                                     dijalankan  atas  syor  atau  tertakluk  kepada  kelulusan  atau
                                     persetujuan  seseorang  atau  sesuatu  pihak  berkuasa  lain,
                                     maka, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, kuasa
                                     untuk membuang kerja itu hanya boleh dijalankan atas syor
                                     atau tertakluk kepada kelulusan atau persetujuan orang atau
                                     pihak  berkuasa  yang  lain  itu.

                      30           Pentafsiran  perkataan  pemboleh—
                                       jika suatu undang-undang bertulis memberikan kuasa kepada
                                     mana-mana orang untuk melakukan atau menguatkuasakan
                                     perlakuan apa-apa perbuatan atau benda, maka segala kuasa
                                     yang semunasabahnya perlu untuk membolehkan orang itu
                                     melakukan atau menguatkuasakan perlakuan perbuatan atau
                                     benda  itu  hendaklah  difahamkan  sebagai  juga  diberikan
                                     kepada  orang  itu.
                      32           Nama  jawatan  rasmi  hendaklah  termasuk  pegawai  yang
                                   melaksanakan  kewajipan—

                                       Apabila sebutan dibuat dalam mana-mana undang-undang
                                     bertulis,  surat  cara,  waran  atau  proses  daripada  apa-apa
                                     jenis  yang  dibuat  atau  dikeluarkan  oleh  Yang  di-Pertuan
                                     Agong,  atau  seseorang  raja  atau  mana-mana  badan  atau
                                     orang yang mempunyai kuasa di bawah mana-mana undang-
                                     undang  bertulis  untuk  membuat  atau  mengeluarkannya
                                     kepada mana-mana pegawai awam mengikut gelaran nama
                                     jawatannya, maka pegawai itu hendaklah termasuk pegawai
                                     yang  pada  masa  ini  melaksanakan  kewajipan  jawatan  itu
                                     atau mana-mana bahagian daripada kewajipan itu.

                      33           Kuasa yang di-Pertuan agong untuk mengadakan peruntukan
                                   bagi  pelaksanaan  kewajipan  pegawai  awam  dalam  masa
                                   pegawai  itu  tidak  ada  atau  tidak  berdaya  buat  sementara—

                                       (1)  jika apa-apa kuasa diberikan atau apa-apa kewajipan
                                     dikenakan melalui atau di bawah mana-mana undang-undang
                                     bertulis  kepada  seseorang  pegawai  awam,  maka Yang  di-
                                     Pertuan Agong atau, dalam hal seseorang pegawai awam yang
                                     ditanggung dalam perjawatan sesuatu Negeri, raja Negeri
                                     itu boleh mengarahkan bahawa jika, dalam apa-apa tempoh,
                                     oleh sebab dia tidak ada atau tidak berdaya bertindak kerana
                                     sakit atau apa-apa sebab lain, pegawai awam itu tidak dapat
                                     menjalankan kuasa atau melaksanakan kewajipan jawatannya
                                     di mana-mana tempat di bawah bidang kuasa atau kawalannya,
                                     maka  kuasa  itu  hendaklah  dipunyai  dan  boleh  dijalankan,
   447   448   449   450   451   452   453   454   455   456   457