Page 25 - MANUAL PENGURUSAN DAN TAKWM 2019
P. 25
SMK PAYA RUMPUT, MELAKA
Pelaksanaan program i-THINK di sekolah rintis telah dilaksanakan selama 6 bulan iaitu pada
bulan Januari hingga bulan Jun 2012. Kajian rintis telah dilaksanakan pada bulan Julai hingga
September 2012 oleh pihak Universiti Putra Malaysia selain daripada pemantauan yang telah
dilaksanakan oleh Jawatankuasa Program i-THINK KPM bersama Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN).
PEMBUDAYAAN PROGRAM i-THINK DALAM KALANGAN
PENTADBIR, GURU DAN MURID DI SEKOLAH
Peranan Pentadbir
Dalam membudayakan program i-THINK di sekolah, pihak pentadbir harus mengambil kira
perkara berikut:
1. Pengurusan pentadbiran sekolah
2. Perancangan dan pelaksanaan program
3. Kursus berterusan
4. Kolaborasi dan rangkaian jaringan
5. Pemantauan dan Penilaian berterusan
6. Hasil yang diharapkan
7. Promosi
Pengurusan Pentadbiran Sekolah
Peranan pentadbir adalah sangat signifikan dalam menyokong sepenuhnya program i-THINK di
sekolah. Oleh itu pentadbir perlu memahami konsep program i-THINK.
a. Mentransformasikan pendidikan
b. Membentuk kepakaran
c. Menggunakan alat berfikir
d. Memperkasakan organisasi pembelajaran
e. Menjana pemikiran
f. Pembangunan kolaboratif
25

