Page 100 - FINAL-JUMAAT-MANUAL
P. 100
SMK PAYA RUMPUT, MELAKA
DESKRIPSI TUGAS PENYELARAS TINGKATAN
1) Membantu GPK HEM menguruskan penempatan pelajar baru masuk (Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5)
2) Mempengerusikan mesyuarat dengan guru tingkatan untuk menyediakan nama pelajar
semasa dan tahun berikutnya.
3) Mengedar dan mengumpulan kembali borang-borang atau barang-barang tertentu kepada
/daripada guru tingkatan dan menyerahkan kepada pihak berkenaan.
4) Bertanggungjawab mengawasi kebersihan dan keceriaan , harta benda serta tatatertib
pelajar dibawah jagaannya.
5) Menyelaraskan pengagihan tingkatan 4 mengikut pakej yang ditawarkan oleh pihak
sekolah.
6) Menanda kedatangan pelajar dalam Buku Kedatangan Pelajar dan dalam e-kehadiran
serta mengambil semua urusan kelas jika guru tingkatan tiada di sekolah.
7) Menyelaraskan rekod kehadiran pelajar serta menyediakan senarai nama pelajar
kedatangan 100%.
8) Menyemak Buku Kedatangan Pelajar setiap kelas pada akhir setiap bulan .
9) Menyemak Buku Pergerakan Pelajar dan mengambil tindakan jika perlu.
10) Menjalan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa
DESKRIPSI TUGAS GURU TINGKATAN
A. MENGURUS BILIK DARJAH
1. Kesempurnaan dan susunan kerusi dan meja pelajar
2. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah
3. Memastikan terdapat Jadual Waktu Kelas, Jadual Bertugas Harian , Peraturan Dalam Bilik
Darjah dan lain-lain di pamerkan.
4. Memastikan Papan Kenyataan digunakan dengan sebaik-baik seperti adanya Sudut Mata
pelajaran dan lain lain.
5. Kerosakkan dalam bilik darjah perlu dilapor segera untuk tindakan selanjutnya
100

