Page 101 - FINAL-JUMAAT-MANUAL
P. 101

SMK PAYA RUMPUT, MELAKA

B. KETUA KELUARGA DI DALAM BILIK DARJAH
1. Mengetahui latar belakang setiap pelajar dari segi kekeluargaannya, ekonomi dan masalah.
2. Keprihatinan kemajuan pelajaran pelajar dan cubalah membantu pelajar yang berkenaan
3. Peka dalam kegiatan setiap pelajar walaupun di luar bilik darjah.
4. Berbincang dalam semangat kekeluargaan akan masalah yang dihadapi oleh pelajar secara

    keseluruhan ataupun perseorangan.
5. Mengawal disiplin setiap pelajar agar setiap pelajar diberi perhatian.

C. MEWUJUDKAN SEMANGAT KEKITAAN
1. Berusaha untuk mewujudkan perasaan kekitaan dan kekeluargaan dalam kelas supaya

    timbul perasaan saling dihargai, dihormati dan serta tolong menolong tanpa mengira bangsa
    dan keturunan.
2. Bekerjasasama dalam melaksanakan apa-apa program yang dianjurkan oleh pihak sekolah
    atau guru-guru mata pelajaran.

D. PENTADBIRAN
1. Menyempurnakan buku Kedatangan dengan lengkap
2. Memastikan kedatangan harian dicatat dan diletakkan di pejabat dengan segera.
3. Membantu GPK HEM dalam penyediaan maklumat untuk biasiswa, surat kepada ibubapa,

    surat ketidakhadiran, Sijil berhenti dan lain-lain yang diperlukan.
4. Menyempurkan markah peperiksaan pelajar pada setiap kali ujian/ peperiksaan dijalankan.
5. Memungut semua Wang Sumbangan yang diarahkan dan dicatatkan.
6. Meminta pelajar membawa surat sakit atau surat daripada ibu bapa jika pelajar tidak hadir

    ke sekolah.
7. Menghubungi ibubapa/penjaga sekiranya pelajar tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-

    turut atau jika kerap ponteng.
8. Digalakkan guru tingkatan menghubungi ibu bapa /penjaga melalui telefon, perjumpaan di

    sekolah atau lawatan ke rumah jika perlu.
9. Memastikan maklumat pendaftran dan skor PAJSK lengkap dan kemaskini.
10. Memastikan skor PAJSK yang di key in dalam sistem online betul dan tepat.

                                                                                                       101
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106