Page 109 - FINAL-JUMAAT-MANUAL
P. 109
SMK PAYA RUMPUT, MELAKA
DESKRIPSI TUGAS 3K
Kebersihan :
1. Memastikan Unit Kebersihan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali dalam
satu semester.
2. Memastikan semua kelas sentiasa bersih, kemas dan teratur
3. Memastikan semua penyapu telah digantung dan sampah telah dibuang sebelum sekolah
bersurai setiap hari.
4. Memantau semua kawasan sekolah, selain daripada kelas-kelas dan membuat laporan
bertulis untuk tindakan.
5. Memastikan semua tandas pelajar dan guru sentiasa bersih.
6. Membuat laporan kebersihan setiap hari dan memilih kelas yang layak untuk diberikan
”Sijil Kualiti Kelas” pada setiap bulan melalui markah kebersihan yang dikutip pada setiap
minggu.
7. Menyelaraskan program gotong-royong sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
8. Menerapkan sikap ‘Suka Bersih’ & ‘Bencikan Kotor’
9. Memastikan suasana persekitaran dalam dan luar kelas sentiasa ceria dan menarik.
Keselamatan:
1. Mengenal pasti dan membuat papan tanda / mengecat kawasan-kawasan yang berbahaya.
Contoh tangga curam/tebing-tebing / pokok berduri dan lain-lain. Garisan keselamatan
berwarna kuning ditandakan disemua kawasan berisiko.
2. Merekodkan data cara murid datang ke sekolah .
3. Mendapatkan senarai nama murid yang membawa kenderaan ke sekolah dan
merekodkan nombor pendaftaran, nombor lesen dan surat kebenaran ibu bapa.
4. Menyediakan tempat meletak kenderaan murid dan memastikan kenderaan diletak
dengan teratur.
5. Mengadakan ceramah Keselamatan Jalan Raya.
6. Menyediakan pelan laluan kebakaran dan memberikan taklimat kepada murid tatacara
keselamatan semasa latihan kebakaran , dan tatacara itu diedarkan di kelas-kelas.
7. Bekerjasama dengan pihak Bomba semasa mengadakan latihan kebakaran.
8. Menguruskan tempahan ”Sticker” kenderaan dan dijual kepada mereka yang berkenaan.
9. Mengawal selia dan mengadakan peraturan keluar masuk murid –murid, pelawat dan
kenderaan ke sekolah.
10. Melaporkan kepada Pengetua sebarang kerosakan/pencerobohan pagar/pintu pagar.
11. Bekerjasama dengan pihak keselamatan sekolah bagi memastikan keselamatan sekolah
terjamin.
109

