Page 110 - FINAL-JUMAAT-MANUAL
P. 110
SMK PAYA RUMPUT, MELAKA
Kesihatan
1. Mengemaskinikan rekod kesihatan pelajar untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.
2. Menyediakan bilik sakit yang lengkap dan kondusif untuk kegunaan murid dan guru.
3. Menganjurkan ceramah kesihatan untuk murid dan guru.
4. Memastikan pemeriksaan kesihatan fizikal dan pemeriksaan gigi dari klinik kesihatan
berjalan lancar.
5. Mengedarkan maklumat mengenai penyakit tertentu dan penerangan tentang penjagaan
kesihatan kepada warga sekolah.
6. Sentiasa berhubung dan bekerjasama dengan klinik kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan
murid.
7. Menyimpan rekod murid-murid yang berpenyakit kronik.
8. Menyelia setiap minggu bagi memastikan kawasan sekolah dan asrama bebas dari
pembiakan aedes dan membuat laporan bulanan untuk dihantar ke JPM / PPD / Jabatan
Kesihatan.
9. Melaporkan dengan segera sekiranya terdapat tanda murid dihinggapi demam denggi
supaya pihak jabatan kesihatan dapat mengambil tindakan selanjutnya .
10. Menyelaras dan menjalankan program-program yang berkaitan pencegahan AEDES.
11. Melantik ‘skuad pemantau AEDES’ dalam kalangan murid.
110

