Page 129 - FINAL-JUMAAT-MANUAL
P. 129
SMK PAYA RUMPUT, MELAKA
1.2 SENARAI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB MAJLIS SUKAN
1) Merancang kegiatan dan pembangunan sukan sekolah, merentas desa sekolah, aktiviti sukan
dan rekreasi di sekolah dan pasukan MSSD sekolah.
2) Membuat perancangan dan melaksanakan program latihan untuk pasukan masing masing bagi
menghadapi pertandingan antara sekolah.
3) Membantu setiausaha sukan dalam pertandingan sukan, merentas desa, aktiviti di padang atau
gelanggang serta penyelenggaran padang dan gelanggang
4) Memastikan peralatan yang ingin digunakan dalam latihan pasukan mencukupi dan
bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan pelajar.
5) Memastikan keselamatan pelajar sentiasa dalam keadaan baik sama ada ketika latihan atau
pun pertandingan.
6) Memastikan kebajikan pelajar sentiasa terjaga sepanjang latihan dan pertandingan.
7) Membuat pemilihan ahli pasukan masing-masing mengikut kemampuan dan prestasi pelajar.
8) Memastikan tuntutan perjalanan dan perbelanjaan makan minum guru dan pelajar mengikut
prosedur.
9) Membuat laporan pertandingan untuk majalah sekolah, dokumentasi dan untuk simpanan fail.
10) Membantu setiausaha sukan menyelenggara stor sukan dan peralatan dengan baik
11) Membantu setiausaha sukan mengemaskinikan data dan maklumat pelajar seperti pendaftaran
keahlian rumah sukan dan no peserta, rekod sukan dsb
1.3 TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB SETIAUSAHA SUKAN
1) Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah
2) Menyediakan Takwim dan Jadual Sukan yang sesuai dengan takwim aktiviti MSSD, MSSS dan
MSSM
3) Membantu Pengetua dan PK KOKU mengagihkan tugas guru di dalam kegiatan sukan
olahraga dan permainan
4) Menetapkan rumah sukan pelajar dan menyediakan nombor siri pada setiap tahun
5) Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk pembelian aktiviti dan peralatan
6) Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan untuk peringkat MSSD
7) Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah dengan baik
8) Menyimpan dan mengemaskinikan Buku Stok dan Inventori peralatan sukan bersama-sama
Ketua Panitia PJK sekolah
9) Menyediakan Laporan Penggunaan Peralatan dan kemudahan sukan
10) Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan dalaman sekolah dan luar sekolah
untuk tujuan edaran, rujukan, rekod dan simpanan
11) Sentiasa berbincang dengan Pengetua /PK KOKU. dan semua pentadbir untuk memantapkan
pengurusan sukan sekolah
12) Merekod pencapaian cemerlang dan penyertaan pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku
Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
129

