Page 136 - FINAL-JUMAAT-MANUAL
P. 136

SMK PAYA RUMPUT, MELAKA

1.8 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU TINGKATAN DALAM KOKURIKULUM
1) Membantu Bendahari Dana Kokurikulum untuk mengutip sumbangan/yuran sebagaimana

    yang ditetapkan oleh JPNSDE pada setiap awal tahun. Melengkapkan resit dan membuat
    penyerahan wang kepada bendahari pada awal tahun.
2) Menyimpan/merekod dan menulis data berkaitan dengan Nama Rumah Sukan, Nama
    Persatuan Akademik/Kelab Hobi, Nama Kelab Sukan Dan Permainan dan Unit Berunifom
    yang dipilih oleh pelajar.
3) Fail Peribadi Pelajar
    a) Buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum,
    b) Kad Kokurikulum Tahun Semasa,
    c) Salinan draf Sijil Akuan Sekolah/Testimonial pelajar Tingkatan Lima
    d) Buku Log Unit Berunifom
4) Mencatat laporan dan markah di dalam Buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum sebagaimana
    diarahkan dan mengikut format yang ditentukan
5) Menyediakan rumusan penilaian markah dan gred kepada pihak sekolah
6) Menyerahkan Buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum utk ditandatangani oleh pihak pentadbir
    sekolah setelah siap laporan dan markah penilaian.
7) Memastikan setiap pelajar membeli dan ada Buku Penilaian Kokurikulum dan disimpan di
    dalam Fail peribadi Pelajar
8) Memastikan Borang C Lampiran 3 , diisi mengikut format dengan betul dan jelas. Borang C
    Lampiran 3 bagi pelajar Tingkatan 5 hendaklah di rekodkan pencapaian terbaik sepanjang
    berada di sekolah ini ( dibuat utk tahun semasa dan pencapaian terbaik)
9) Guru Tingkatan 5 dikehendaki membuat dan menulis draf Sijil Akuan Pelajar dan Sijil
    Berhenti. Draf yang telah lengkap hendaklah disemak oleh PK HEM,PK KOKU dan Guru
    Disiplin untuk pengesahan sebelum sijil sebenar dikeluarkan.
10) Memastikan kehadiran ke Taklimat/Mesyuarat sebagaimana yang diarahkan oleh pihak
    sekolah

                                                                                                      136
   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141