Page 3 - FINAL-JUMAAT-MANUAL
P. 3

SMK PAYA RUMPUT, MELAKA

                               PEMBUKA BICARA PUAN PENGETUA

Mendidik Dari Hati Dengan Penuh Intergriti

 Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWTatas limpah kita masih diberi peluang dan ruang untuk
terus mencurahkan khidmat bakti di sekolah ini. Marilah kita berganding bahu bersama-sama dengan penuh
komitmen dan dedikasii merealisasikan visi dan misi sekolah dalam kerangka Program Transformasi Sekolah
(TS25).
Tugas kita menjadi lebih rencam dan mencabar bagi memenuhi pendidikan berteraskan nilai manusiawi. Di
samping terus istiqamah menjayakan 6 aspirasi murid seperti mana yang dituntut oleh PPPM iaitu ; melahirkan
insan yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran memimpin, kemahiran
dwi bahasa, etika dan kerohanian serta beridentiti nasional. Bersama-sama kita menghayati dan melaksanakan 12
inisiatif KPM dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan lancar dalam mendidik murid-murid di sekolah ini
menjadi insan yang cemerlang dan terbilang.
Pengurusan pendidikan kini dalam era revolusi industri 4.0 memerlukan keupayaan yang tinggi oleh para guru
dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah memenuhi gaya pembelajaran abad ke-21. Justeru,
telah tiba masanya kita semua mengubah paradigma sentiasa melingkari minda kita dengan:

         merubah gaya kerja bercirikan kebiasaan (ordinary) kerana tidak melihat potensi dan keluarbiasaan yang
         ada dalam diri kita dengan cara mengoptimumkan keupayaan diri dan berani mencuba perkara baharu
         yang memberikan impak positif
         melihat masalah sebagai peluang dan tidak membataskan pemikiran diri dengan masalah.
         keluar daripada keselesaan (comfort zone) dan sentiasa membuat penambahbaikan (improve) kendiri
         sentiasa suka menimba ilmu pengetahuan demi peningkatan profesionalisme
  Kita semua adalah keluarga besar, marilah kita bersama-sama membuat anjakan paradigm (paradigm shift) di
 dalam diri masing-masing sederap selangkah melonjakkan kecemerlangan sekolah dengan cara berikut:

              Menyerlahkan kegembiraan (happiness), membugarkan kasih sayang (love) dan menyemarakkan
              sikap hormat- menghormati (mutual respect) dalam kalangan seluruh warga SMK Paya Rumput.
              Terus bekerjasama sebagai satu pasukan yang mantap dan jitu (team work)
              Mengamalkan keterbukaan minda – proaktif dan sentiasa berfikir untuk membuat penambahbaikan
              (kaizen) secara kreatif dan inovatif.
              Menajamkan fokus terhadap segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan dan seterusnya
              menjalankan tugas tersebut dengan cekap,cepat dan tepat.

                                                                                                        3
   1   2   3   4   5   6   7   8