Page 5 - FINAL-JUMAAT-MANUAL
P. 5

SMK PAYA RUMPUT, MELAKA

Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Rumput bermula pada Oktober 2010 dengan
cadangan nama asalnya Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam. Sekolah ini dibina di atas tapak
seluas 25 ekar atau 9.71 hektar tanah bekas estet getah yang terletak di dalam Mukim Paya
Rumput, Melaka dan pentadbiran tempatan adalah di bawah pentadbiran daerah Melaka Tengah.

     Kewujudan sekolah ini adalah hasil usaha Yang Berhormat Dato' Tahir bin Haji Hassan, Ahli
Dewan Undangan Negeri Kawasan Paya Rumput sebagai pelobi asal. Tujuannya ialah untuk
kemudahan masyarakat sekitar yang semakin meningkat selari dengan peningkatan pembangunan
negeri Melaka amnya dan pembangunan pendidikan Malaysia khasnya. Pembinaan sekolah yang
indah dan lengkap dengan prasarana di atas bukit ini menelan kos sebanyak 25 juta ringgit Malaysia
di bawah peruntukan Rancangaan Malaysia ke -10.

    Sejak awal sekolah ini dibina, sekolah ini dikenali sebagai SMK Bertam. Namun atas
permintaan penduduk sekitar dan kehendak YB Dato’ Tahir ‘ nama SMK Bertam telah ditukar
kepada SMK Paya Rumput pada 01 September 2012. Oleh itu, nama SMK Bertam hanyalah nama
yang terpahat di dalam lukisan pelan sekolah ini sahaja.

     Operasi awal SMK Paya Rumput telah dimulakan dengan hanya tiga orang Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan iaitu Datin Wira Hajah Hamidah bte Hj. Hassan, selaku Tuan Pengetua,
En. Japar bin Hashim selaku Guru Kanan Pentadbiran dan En. Abd. Ghafar bin Md. Ali selaku Guru
Kanan Hal Ehwal Murid. Mereka bertugas di sekolah ini tanpa bantuan daripada staf sokongan.

                                                                                                        5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10