Page 36 - TAHAP 2: CO01 PAKAIAN KONTEMPORARI
P. 36
Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1)
50
Rajah 2: Variasi Kebaya Moden
c) Jubah
Jubah merupakan baju panjang yang labuhnya sehingga paras buku lali. Ia
merupakan pakaian wanita di negara Timur Tengah yang menjadi pilihan wanita di
Malaysia pada masa kini. Rekaan jubah adalah longgar, warna yang pelbagai dan
sesuai untuk pelbagai majlis dan tidak terhad kepada majlis keagamaan sahaja.
Rekaan jubah yang kontemporari dan ekskusif dengan ketelitian hiasan seperti
tenunan dan sulaman corak yang dicipta menjadikan rekaan jubah menjadi pilihan
kaum wnaita untuk menghadiri majlis seperti majlis perkahwinan mahupun majlis
makan malam.

