Page 40 - TAHAP 2: CO01 PAKAIAN KONTEMPORARI
P. 40

Muka Surat / Page : 10  Drp / Of
              NO. KOD / CODE NO.           TA-011-2:2012-C01/P(1/1)
                                                                                             50
























                                            Rajah 4: Variasi Cheongsam Moden


              iii.   PAKAIAN KONTEMPORARI INDIA

                    a) Choli Sari Moden

                           Sari  merupakan  pakaian  untuk  kaum  perempuan  India  dan  ia  adalah

                    pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Kain sari ini dililit pada
                    badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Sehelai

                    kain biasanya 5-6 ela lebarnya, sari ini dipakai dengan anak baju dengan warna
                    serupa atau blaus yang bertentangan warnanya. Biasanya, ia dibalut pada badan

                    dengan pallau - bahagian yang paling banyak bercorak - diletakkan pada bahu kiri.

                    Choli  dipakai  hanya  di  atas  atau  bawah  perut  dan  berfungsi  sebagai  pakaian
                    sokongan  untuk  memegang  sari.  Dibuat  daripada  pelbagai  bahan,  tekstur  dan

                    rekaan,  sari  adalah  sangat  istimewa.  Rekaan  Blaus  Choli  pada  masa  kini  telah
                    digabungkan  dengan  konsep  moden  dan  terdapat  pelbagai  rekaan  mengikut

                    citarasa si pemakai dan juga masih mengekalkan ciri asal Choli Sari Tradisional.
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45