Page 130 - KSSMPK Pend_Jasmani_dan_Pend_Kesihatan_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 130

Situasi Konflik dan Situasi Stres



           Konflik  ialah  perselisihan  atau  pertentangan  pendapat  dalam  membuat
           keputusan. Stres pula bermaksud keadaan fizikal atau mental yang tidak
           stabil dan menyebabkan perubahan pada sistem tubuh badan.

           Berikut merupakan contoh situasi konflik dan situasi stres.


                 Nama:

                 Alvin anak Dureng

                 E-mel


                 alvinanakdureng@gmail.com




                 Selamat pagi Cikgu Albert.
                 Saya  mempunyai  masalah  dan  ingin  meminta  pandangan  cikgu.  Saya  keliru  dan
                 runsing.  Ibu  bapa  saya  menyuruh  saya  untuk  memilih  subjek  pertukangan  tetapi
                 saya lebih berminat untuk menjadi cef. Saya lebih cenderung untuk memasuki kelas
                 kemahiran memasak. Rakan-rakan yang lain semua sudah membuat pilihan. Hanya
                 tinggal saya yang masih dalam dilema. Saya berasa stres akibat konflik ini.





                 Nama:


                 Cikgu Albert

                 E-mel


                 siralbert@gmail.com



                 Selamat pagi Alvin.
                 Saya  juga  pernah  mengalami  situasi  yang  sama  seperti  kamu.  Kamu  tidak  perlu
                 stres. Relaks dan berfikir dengan positif. Mula-mula, yakinkan ibu bapa kamu bahawa
                 kamu memang bercita-cita menjadi cef. Tunjukkan kepakaran kamu dalam bidang
                 masakan. Contohnya, bantu ibu memasak di rumah. Kongsi masalah dengan keluarga
                 kamu. Berbincang ialah jalan yang paling terbaik. Cikgu doakan kamu berjaya dalam
                 bidang yang diminati.


                                                                                            S.P
             122
                                                                                            3.1.1
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135