Page 152 - KSSMPK Pend_Jasmani_dan_Pend_Kesihatan_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 152
Cara Mencegah Penyakit Tidak Berjangkit
Makan makanan seimbang
Makan makanan yang mengandungi
karbohidrat, vitamin dan galian, protein serta
lemak mengikut kadar yang betul.
Bersenam dan bersukan
Mengamalkan senaman dengan kekerapan
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu bagi
tempoh masa 30 minit setiap sesi senaman.
Memeriksa kesihatan secara berkala
dan tetap
Pemeriksaan kesihatan secara berkala
dan tetap perlu dilakukan sekali atau
dua kali setahun. Maklumat kesihatan
perlu disimpan untuk dinilai tahap
perkembangan.
Bijak mengurus stres
Beriadah bersama-sama keluarga
dan mengadakan perbincangan
sekiranya timbul masalah.
S.P
144
6.1.2, 6.1.3

