Page 124 - buku teks mate kssmpk ting 3
P. 124
Latihan 2.2.4
1 Hazama menambahkan 750 mℓ air ke dalam periuk yang mengandungi
2 ℓ 220 mℓ sup untuk mengurangkan kepekatan.
Kira isi padu baharu bagi sup dalam unit ℓ dan mℓ.
2 Nadarajah membeli sekotak air jagung 0.35 ℓ, manakala Wani membeli
sebotol teh hijau 280 mℓ.
Minuman siapa lebih banyak? Berapa liter lebih banyak?
3 Ibu menyediakan 750 mℓ air kopi panas di
dalam sebuah teko. Selepas ayah minum 325 mℓ
air kopi itu, ibu menambah lagi 0.22 ℓ air panas.
Berapa mililiter air kopi di dalam teko itu?
4 Seorang penjaja telah menyediakan 20 ℓ air asam boi. Pada waktu
pagi, dia menjual 8 ℓ 100 mℓ air asam boi. Pada waktu petang, dia
menjual 9 ℓ 700 mℓ air asam boi.
Kira baki isi padu air asam boi dalam unit ℓ dan mℓ.
5 Semasa kempen derma darah, Husin telah menderma 450 mℓ darah.
Ibu dan bapanya juga menderma isi padu darah yang sama.
(a) Hitung jumlah isi padu darah yang diderma oleh ketiga-tiga orang itu
dalam unit ℓ dan mℓ.
(b) Setiap pain darah mempunyai isi padu 450 mℓ dan satu pain darah
boleh menyelamatkan tiga orang. Cuba anggarkan bilangan orang
yang boleh diselamatkan oleh keluarga Husin.
6 Adrian hendak menggunakan 25 ℓ 700 mℓ air untuk menyiram pokok
bunga. Manakah kombinasi baldi yang sesuai untuk Adrian mengisikan
air yang diperlukan?
A: 8 ℓ 400 mℓ B: 17 ℓ 300 mℓ C: 21 ℓ 700 mℓ
114

