Page 133 - buku teks mate kssmpk ting 3
P. 133
Zoo Negara Malaysia yang dibina di atas tanah seluas 110 ekar di Hulu
Kelang mempunyai lebih 5 137 spesimen, termasuklah 476 spesies mamalia,
burung, reptilia, amfibia dan ikan. Apabila melawat Zoo Negara, kita dapat
melihat pelbagai jenis haiwan seperti yang ditunjukkan di bawah.
Sumber: www.zoonegaramalaysia.my/zoo.html
3
2 ekor panda gergasi dipinjamkan 3 ekor gajah Malaysia, iaitu Siti,
oleh kerajaan China. Sibol dan Teriang yang berasal
dari negeri Pahang.
Sumber: www.zoonegaramalaysia.my/ex_elephants.html Nisbah
Perbandingan antara bilangan panda gergasi dengan bilangan gajah
Malaysia dapat ditulis dalam bentuk nisbah.
2 ekor panda gergasi kepada 3 ekor gajah Malaysia
2 : 3
Terdapat 10 spesies burung enggang di Malaysia.
Kita dapat melihat 7 daripada 10 spesies burung
enggang di Zoo Negara.
Cari nisbah spesies burung enggang di Zoo Negara
kepada jumlah spesies burung enggang di Malaysia.
Sumber: www.zoonegaramalaysia.my/ex_hornbill.html
123

