Page 14 - buku teks mate kssmpk ting 3
P. 14

1.1       Aplikasi Pengetahuan dalam Pengukuran Unit Jisim





                                 Jisim ialah kuantiti jirim dalam sesuatu objek.

                              Unit ukuran jisim ialah kilogram (kg) dan gram (g).



                Berat dan jisim
                Dalam urusan kehidupan harian, kita lebih biasa menggunakan perkataan
                berat berbanding dengan perkataan jisim. Apabila menyebut perkataan
                berat, semua orang boleh memahami perkataan ini dengan baik. Contohnya
                seperti berat badan, berat sebiji bola, berat sebungkus gula dan sebagainya.

                Sebenarnya jisim dan berat merupakan dua perkara yang berbeza tetapi
                dalam masa yang sama juga saling berkaitan.






                              100 g              Objek mempunyai jisim (misalnya 100 g).

                                                 Penimbang memaparkan 100 g.







                   Berat suatu objek ialah ukuran daya tarikan graviti ke atas objek itu.

                                                  Daya  tarikan graviti  menyebabkan  semua
                                                  objek di bumi mempunyai berat.


                                                  Daya tarikan graviti akan berubah mengikut
                                                  topografi.  Oleh itu, berat objek yang berjisim
                                                  sama akan lebih ringan di puncak gunung
                                                  berbanding di kaki gunung.







                       Nota Guru
                 1.1
                        • Ceritakan sejarah ringkas penemuan Isaac Newton tentang graviti apabila
                         sebiji epal jatuh ke atas kepalanya.
                   4
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19