Page 9 - buku teks mate kssmpk ting 3
P. 9

PENDAHULUAN











                 Buku Teks KSSM Pendidikan Khas Matematik Tingkatan 3 ini diterbitkan
                 berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
                 Pendidikan Khas Matematik Tingkatan 3.


                     Penulisan buku teks ini menitikberatkan kemahiran insaniah (soft skill)
                 yang merangkumi kemahiran interpersonal dan intrapersonal bagi
                 meningkatkan potensi dan kesediaan murid-murid untuk mempelajari
                 kemahiran vokasional.

                     Konsep buku teks ini merupakan penggabungjalinan ilmu pengetahuan,
                 aktiviti pembelajaran dan kemahiran yang merangsang daya intelektual
                 murid. Elemen kemahiran berfikir, teknologi maklumat dan komunikasi,
                 membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian
                 murid diberi keutamaan.


                     Kandungan buku teks ini meliputi empat topik pengetahuan, iaitu jisim,
                 isi padu, nisbah, dan bulatan. Setiap topik dimulakan dengan halaman
                 rangsangan melalui foto yang menarik dan info yang merangsangkan
                 pemahaman dalam kalangan murid tentang kandungan topik tersebut.






                 Komponen-komponen pada akhir topik:



                                - RUMUSAN -                                  - PENILAIAN -
                 Peta minda dalam bentuk organisasi grafik          Latihan sumatif untuk menilai dan
                                                                    mengukuhkan pemahaman bagi
                 yang menghubungkaitkan konsep-konsep               semua kemahiran yang telah
                 yang telah dipelajari.
                                                                    dipelajari dalam satu-satu topik.


                                                   - PERMAINAN -
                    Aktiviti didik hibur melalui kaedah belajar sambil bermain bagi memperkukuh
                    pemahaman serta kemahiran murid dalam satu-satu topik.

                                                                                                   v
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14