Page 10 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 10
1 Perpuluhan
Nombor perpuluhan digunakan dalam pelbagai urusan harian tanpa kita
sedari. Contohnya, apabila memerlukan maklumat yang sangat terperinci,
nombor perpuluhan perlu ditulis untuk menunjukkan ukuran yang sangat
tepat. Selain itu, nombor perpuluhan juga digunakan dalam rutin harian
yang melibatkan urusan wang, timbangan berat, ukuran panjang, isi padu,
dan sebagainya.
Penimbang Pengukur Paparan Skrin
Resit
Elektronik Tinggi Badan Pam Minyak
1.1 Nombor Perpuluhan 1.2 Operasi Asas Nombor Perpuluhan
Selepas belajar bab ini, saya dapat:
• Menyebut, membaca dan menulis sebarang nombor perpuluhan.
• Menukar nombor pecahan sehingga perseratus kepada bentuk perpuluhan
dan sebaliknya.
• Membandingkan nilai dua nombor perpuluhan.
• Melakukan operasi tambah dan tolak yang melibatkan dua nombor perpuluhan.
• Mendarab nombor perpuluhan dengan nombor satu digit dan nombor dua digit.
• Membahagi nombor perpuluhan dengan 10 dan 100.
• Menyelesaikan masalah harian melibatkan operasi asas nombor perpuluhan
dengan menggunakan kalkulator.
2

