Page 7 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 7

PENDAHULUAN









                Buku Teks KSSM Pendidikan Khas Matematik Tingkatan 2 ini ditulis
                berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
                KSSM Pendidikan Khas. Penerbitan buku ini mengambil kira aspek
                Kemahiran Abad ke-21 serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
                bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran selaras dengan
                peredaran zaman.

                   Kandungan buku teks ini dipersembahkan secara holistik dan
                bersepadu dengan kaedah Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan
                Projek serta Elemen Merentas Kurikulum (EMK) sebagai nilai tambah
                seperti kelestarian alam sekitar, teknologi maklumat dan komunikasi,
                nilai murni, keusahawanan serta kreativiti dan inovasi.


                   Buku ini mengandungi empat unit yang melibatkan topik perpuluhan,
                peratus, masa dan waktu, serta ukuran panjang. Setiap unit dimulakan
                dengan halaman rangsangan bermaklumat yang memberikan makluman
                awal tentang perkara yang akan dipelajari dalam unit tersebut.


                   Penerangan konsep matematik pula disampaikan melalui kaedah
                pembelajaran yang fleksibel dan pelbagai, sesuai dengan kebolehan
                murid, meliputi  Kemahiran  Berfikir  Aras  Rendah (KBAR) hingga
                Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Nota guru juga disediakan
                sebagai panduan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
                dengan lebih berkesan.


                  Pada akhir setiap unit, dimuatkan aktiviti pembelajaran berpusatkan
                murid yang memerlukan penglibatan murid secara aktif. Aktiviti ini
                merangkumi kemahiran yang telah dipelajari dalam unit berkenaan.












                                                                                               v
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12